Monday, May 26, 2008

Full time muslim...Not part time muslim

Assalamualaikum..dah agak lama tidak mengepostkan apa-apa entry..bukan tidak mahu tapi agak buzy sedikit dengan aktiviti-aktiviti luar...Last weekend, I went to Malaysian Hall in Randwick. Ada open day and boleh makan masakan Malaysia..Alhamdulillah..berbaloi dengan bayarannya kerana makanan-makanan tu semuanya superb..very delicious..lagipun I'm craving for Malaysian food.Nak buat yellow sticky rice sendiri?adeh manalah eden reti.?hehe..time tengok menu tu tertanya-tanya sendiri.. apa dia yellow sticky rice ni??rupanya pulut kuning(kat Terengganu panggil nasi kunyit)...wah dah bertambah satu vocab baru hari tu..haha..macam-macam makanan yang dimakan hari tu..ais kacang pun ad..satay pun ad..tp mahal la..5 cucuk for 5 dollar.kalau kali ngan 3, dah rm 15 tuh..tp takpe la kan, bukannya senang nak dapat..okey la...

o ye..last thursday, ada satu pengalaman yang baru first time saya alaminya...I had a tutorial class on that day. Then, my lecturer assigned us with the task which needed to be done in group.So, 3 people in a group and my other two group members are mat saleh..one guy and one lady..lepas tu, disebabkan saya tak pernah bercakap pun dengan lelaki itu, die pun tegur la..nama dia James kot kalau tak silap..then die hulurkan tangan nak salam..ah sudah..nak buat macam mana ni..nak salam kan dosa pulak..tak salam kan dia yang malu pulak sebab duduk depan kelas masa tu..nasib baik akal dan iman berinteraksi dengan baik...terus cakap ngan dia..Im sorry I cant...by the way I'm fariena...lepas tu, die senyum dan cakap..oo it's okey..mintak-mintak la dia faham..ingatkan lepas habis kela tu, nak pergi terangkan kat dia tapi tak sempat sebab dia in a hurry kot..rushing je keluar kelas..Takpe la..

Cuma satu yang saya terfikir, kadang-kadang non-muslim ni mesti pening jugak tengok muslim ni sebab ada jugak yang sambut salam diorang..ada yang bertudung dan ada yang tidak..ada yang main redah je makan semua benda dan ada yang jaga halal dan haram makanan tu..ada yang main pegang je anjing siap usap-usap lagi dan ada yang bagitau non-muslim yang muslim tak boleh pegang anjing..macam mana tu??

MASUKLAH KAMU KE DALAM ISLAM SECARA KESELURUHAN

"Wahai orang-orang yang beriman! masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu" (Al-Baqarah:208)

Setiap insan yang bernama orang Islam itu adalah cermin kepada Islam itu sendiri..Kalau beginilah yang dipamerkan kepada non-muslim, apa agaknya tanggapan diorang terhadap agama kita ni? Sedih jugak bila memikirkan situasi umat Islam sekarang..Kita nak berdakwah, tak payah pergi jauh-jauh..orang sekeliling kita itu dulu yang perlu kita dakwah dulu. Ada yang bercita-cita mahu ke Palestin sana untuk berjihad, alhamdulillah syukur adanya umat yang begitu perihatin terhadap nasib saudara sesama islam kita. Tapi tanggungjawab kita adalah terhadap orang yang di sekeliling kita dahulu...Dan ada juga segelintir daripada kita yang hanya bersifat pentingkan diri sendiri.."Aku je yang nak jadi baik.." atau "Jangan pedulikan orang lain..yang penting amal ibadah aku ni ha"..Ada satu riwayat pada zaman dahulu, kalau tak silap saya, zaman nabi Musa... dimana terdapat seorang lelaki yang selama 40 tahun, dia hanya beribadat..tapi dimasukkan ke neraka kerana dia hanya beribadat seorang diri dan tidak menghiraukan orang di sekeliling dia...

Apa agaknya cara yang boleh kita lakukan untuk memperbetulkan diri sendiri dan orang sekeliling kita?Setiap perbuatan yang kita lakukan itu pasti ada mata-mata yang melihatnya..Akhlak sebagai seorang Islam perlu ada untuk dijadikan contoh buat yang bukan Islam. Bukankah Rasul jujungan kita (qudwah hasanah), berjaya menambat hati golongan musyrikin dengan berakhlak baik? Dari mana datangnya akhlak yang baik itu, sudah tentulah daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Pada pendapat saya, untuk melahirkan individu muslim yang berakhlak baik itu, perlunya kepada pemahaman terhadap isi-isi Al-Quran dan As-Sunnah itu terlebih dahulu. Di mana boleh dicari perkara seumpama ini? Tentunya di majlis-majlis ilmu..Oleh itu, sahabat sahabiahku, kalau ada usrah atau majlis-majlis ilmu, hadirilah...kerana salah satu cara untuk mengislah(ubah) hati ke arah kebaikan adalah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu..Dah jauh saya melalut ni..Tapi untuk kepentingan bersama...semoga kita bersama-sama menyedari hal ini dan mengambil langkah untuk mengubahnya.

Firman Allah:
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik"
(Surah Yusof:108)



Wallahualam...


2 comments:

Ann said...

awl2 dulu mcm terfikir jugk tntg sume2 ni..i mean psl fhm x org2 non muslim ni psl kita..tp bila dh smpi sini,even tmpt aku ni xbsr n mmg xrmi muslim,tp rupa2nya org kt sini fhm and diorg slalu jugk tanya2 psl knapa bertudung,apa yg bley mkn,apa yg xbley mkn..and so on la.and skrang pn ada satu lecturer aku ni buta and slalu bwk anjing dia msk klas..at 1st,sgt takut tp nsb baek classmate and lecturer tu memahami and selalu tlg2 gak klau tiba2 anjing tu dtg dkt..bg aku,non muslim ni ok je sbnrnya n fhm kita as long as kita bg diorg fhm n tunjuk perkara yg baek..

jaga diri fariena

Anonymous said...

btul tu noha diorang akn faham kita as long as kita bg diorng faham. Tapi tu la kadang-kadang sedih jugak tgk segelintir umat Islam. Tak kesah sgt ngan smue tu..Doakan la agar kita sbg umat Islam ni smuenye bley terbuka hati utk tunjukkn Islam yg sebenar kat nonmuslim.These words are also pointing back at me..InsyaAllah