Tuesday, September 9, 2008

Manis jadi kenangan, walaupun pahit tapi berhikmah

Assalamualaikum wbt..Sahur pagi tadi agak sayu. Mungkin sebab bersahur seorang diri. Housemates yang lain, 2 dah sahur sebelum tidur dan seorang lagi kurang sihat. So, just bangun kejap dan minum air je. Semoga cepat sembuh Kak Mard pastu boleh tadarus sama-sama :)..Kenapa sayu sangat pagi tadi? Tomyam kat depan mata pun tak rasa apa-apa. Hehe..Sebenarnya teringatkan time sahur kat rumah. iba-tiba je teringat. Biasanya dalam pukul 5 pagi tu, abah kejutkan bangun sahur. Abah yang sediakan makanan sahur. Tapi bukan masakla cuma panaskan balik makanan yang mama dah masak time berbuka. Kadang-kadang yang paling best, abah buatkan nasi goreng campur. Maksud campur di sini adalah apa-apa je lauk yang ada, abah masukkan semua pastu alter sket2 and siap. Tapi memang sedap. Mama pulak bangun sekali ngan kami-kami(anak-anak ni). Waktu sahur takdela riuh bising-bising tapi seronok sebab semua bangun. Kadang-kadang adik yang paling kecik pun bangun nyebuk2 nak makan jugak..Huhu..Perkara yang paling mencabar ialah nak kejutkan 2 orang adik lelaki yang tidur memang langsung tak sedar ape-ape dah. Rasanya kalau rumah sebelah kene bom pun diorg tak bangun jugak.

Then, kalau ada biskut raya tu, time sahur tu jugak semua 'ngap' biskut raya tu. Mama memang beli lebih sebab tau akan habis separuh dulu before sampai kat raya. Biskut tu bukan la yang sangat sedap tu tapi sebab makan ramai-ramai jadi best..Huhu..rindu2..Part yang paling rindu, lepas sahur tu, mesti la ngantuk kan, dah makan banyak tadi. Pastu semua orang diwajibkan ikut abah pegi masjid dekat ngan rumah. Mama jugak yang selamat tak payah pegi sebab jaga adik-adik yang kecik. Selalu je jealous ngan mama sebab tak payah pergi. Then lama-lama bila rasa seronok pergi masjid pagi-pagi dah tak jealous dah. Paling mencabar kalau subuh time hari Jumaat sebab ada Sujud Sajdah. Kan panjang jugak surah tu, memang meliang lintuk la masing-masing sebab ngantuk.Huhu..Kelakar pulak kalau fikir. Ingat jugak lepas habis solat subuh tu, ada tazkirah subuh dari ustaz kat masjid tu. Tapi time tu la amek port tidur. Tu time kecik-kecik la..hehe..

Kalau time solat terawih malam tu, imam dia baca walaapun panjang, tapi laju. Ditambah lagi dengan bacaan yang best. Memang seronok. Dapat kawan ngan makcik-makcik..Hehe..Last year dah tambah 2- 3 orang kawan makcik yang baru. Siap ajak p umah time raya..Hehe..Masjid memang tempat yang sesuai untuk kita rapatkan silaturrahim.

Kalau nak dicomparekan dengan kat sini, memang semua tu tak ada. Sahur, masak sendiri. Subuh pun takde pegi masjid cuma jemaah ngan housemates. Kalau terawih tu, imam terawihnya antara kami-kami jugak. Buat terawih sendiri (sebab musolla yang ada buat terawih agak jauh dari uni village).Bacaan terawih pun surah pendek-pendek juz amma. Bilalnya pun kami-kami sendiri jugak.

WALAUPUN BEGITU, inilah yang dikatakan pengalaman dan tarbiyah (didikan) dari Allah untuk kami semua. Rasanya kalau kat Malaysia, takde rasanya antara kami-kami ni, nak practice jadi imam terawih. Dah semua ada kat masjid. Tak pernah terfikir pun akan practice jadi imam and bilal untuk terawih. Kemudian yang paling best, bila semua kawan-kawan memang usaha untuk hafal and perelokkan bacaan surah pendek masing-masing sebab takut nanti kene point jadik imam. Memang ketaq bila kene jadik imam. Ingatkan saya sorang je tapi rupanya orang lain macam tu jugak. Bila dah gelabah tu, al-asr yang pendek tu pun jadik tak ingat. Kelakar pulak. Pengalaman sendiri la. Nasib baik ada kawan kat sebelah yang tolong betulkan. Pastu malunya la rasa sebab tu pun tk ingat. Tapi, bukan senang tau nak jadik imam. Tanggungjawab besar kena pikul. Selain tu, bacaan yang bilal baca pun memang dipracticekan nak suruh lancar. Kalau dulu, kat masjid just ikut yang senang tu je (Sallallahwassalamualaik).Sekarang yang panjang-panjang tu pun kene baca..Ditambah lagi dengan bacaan doa yang agak susah (sebab tak terbiasa baca) yang memang terbelit jugak lidah.

Kemudian, kami-kami jugak dibahagikan dengan satu tajuk untuk tazkirah before solat terawih. Ada cabutan bertuah pada malam Khamis before Ramadhan bermula. So setiap seorang akan dapat satu tokoh untuk dibentangkan kisah masing-maisng. Antara tokoh-tokoh tersebut, ramai yang tak familiar dan ada jugak yang baru tahu akan kewujudan tokoh tersebut. Contohnya, saya mendapat Abu Darda'. Tak ramai yang tahu pasal Abu Darda' ni. Saya pun tak ingat kisah beliau. Each and everyone of us terlibat dan takde sape-sape pun yang bley escape. Mungkin kita tak dapat la ingat semua 30 orang tokoh-tokoh tersebut tapi at least kita tahu sedikit sebanyak tentang mereka. Dan yang paling penting pengajaran di sebalik kisah-kisah mereka yang hebat itu. Dan insyaAllah dengan mendengar kisah-kisah sahabat ini, membuatkan kita rasa bersemangat untuk beribadah di bulan yang mulia ini.

So, apa hikmah yang dapat dihuraikan dari peristiwa-peristiwa di atas? Saya boleh simpulkan bahawa Islam itu akan tertegak di mana-mana sahaja di muka bumi ini. Ia hanya menunggu orang-orangnya sahaja untuk menegakkannya. Di negara yang majoritinya bukan orang Islam ini, susah untuk kita cari suasana Islami seperti di negara kita. Siapa lagi yang patut mencipta suasana itu kalau bukan kita, ummat Islam sendiri??..

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan-golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu"(Al-Fajr:27-30)

Wallahualam...

3 comments:

alia amirah said...

xpe2, sayu2.
tp pengalaman tu yg mahal kan?
bile bace part yg ngap biskut raye, uwaa.sedey.
dl kt rumah cmtu la.sbb tu la ready bli byk2 tros. hihi

alia amirah said...

eh terkecek lua plok.haishh.

Anonymous said...

hehe..tkpe2..kecek lua pun..pehe jugok..eh terkecek klate la plok..hehe..jgn saloh pham..sy ttp org ganu ye..hehe..