Assalamualaikum wbt..Salam ramadhan to all..I have something to share. Now I suppose that all of us are struggling to meet lailatul Qadar right..InsyaAllah..Allah will give it to anyone who really wants it. Never lose hope ok!!..We still have 9 more days to go..This article in taken from Kak Annym's blog..
No worries because all the hadiths found in this article are authentic with realiable sources. InsyaAllah
Malam Al-Qadr ialah sebuah malam mulia yang berlaku dalam bulan Ramadhan dan padanyalah diturunkan Al-Qur’an dan ianya merupakan sebuah malam yang agung dan waktu yang berkah dan penuh rahmah.
“Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an pada malam al-Qadr..” (Al-Qadr :1)
“Tahukah kamu apakah itu malam Al-Qadr. ?” (Al-Qadr : 2)
“Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr : 3).
“Turun para malaikat dan ruh (jibrail) pada malam itu dengan izin tuhan mereka untuk mengatur tiap-tiap urusan.” (Al-Qadr : 4)
“Selamatlah malam itu hingga terbitnya fajar.” (Al-Qadr : 5)
Pada malam tersebut yang berlaku dalam bulan Ramadhan merupakan malam mulia yang lebih mulia dari seribu bulan dan juga padanya berkah dan keselamatan dan kebaikan serta turunnya para malaikat dengan izin Allah untuk menunaikan doa-doa mereka yang memohon dan beribadah kepada Allah swt dengan ikhlas dan mengampuni dosa dan menjalankan perintah Allah swt.
Waktu Malam Al-Qadr
Disebut dalam pelbagai riwayat bahawa waktunya secara berbilang-bilang dan tidak tetap dan berbeza-beza dari tahun ke tahun. Namun apa yang sahih dari rasulullah maka waktunya ialah pada malam 21, malam ke 23 , malam ke 25 malam ke 27 dan malam ke 29 dalam bulan Ramadhan. Pastinya waktu Lailatul Qadr ini ialah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan seperti yang disebut oleh pelbagai riwayat dan juga dalam hal ini telah terdapat satu risalah khas yang ditulis oleh Imam Hafidz Al-Iraqi r.a berkenaan malam ini jadi bolehlah dirujuk.
Terletaknya Lailatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir ialah berdasarkan riwayat dari Ummul Mukminah Asiyah ra yang berkata :
“Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila berdekatan dengan sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan berpesan :
“ Bersungguhlah (dalam ibadah) atau berwaspadalah kerana malam Al Qadr itu pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan.” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 1169).
Sekiranya seseorang itu dilemahkan oleh sesuatu atau tidak mampu juga berusaha gigih pada sepuluh malam itu keseluruhannya maka hendaklah menumpukan usaha ibadahnya pada malam 23 dan ke atas ini disebabkan dari riwayat Ibn Umar ra bahawa bersabda baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “ Hendaklah kamu bersungguh mendapatkannya malam Al Qadr pada sepuluh malam terakhir dan sekiranya kamu dilemahkan atau menjadi letih maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh hari yang baki.” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 1165).
Secara umum diperhatikan pada dalil-dalil di atas maka para ulama menyimpulkan bahawa malam yang paling khas dan kemungkinan berlakunya Malam Al Qadr ialah pada malam 23, 25 dan 27 serta 29 secara berselang-seli dan berbeza-beza atau mungkin bersamaan pada setiap tahun. Bagaimana mengetahui bahawa malam itu ialah malam Al Qadr ?
Pertanda sesuatu malam itu ialah malam Al Qadr dapat diketahui melalui riwayat sahih yang disebutkan pertandanya dalam riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda :
“ Paginya malam Al Qadr itu ialah apabila mataharinya muncul dengan lemah cahaya dan kurang panasnya seolah ianya redup sehingga meninggi.” (Hadith sahih riwayat Muslim : 762).
Manakala menurut riwayat Ibn Abbas ra berkata telah bersabda baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam :
“Malam Al Qadr itu malam rahmah berkah dan bercahaya (berseri-seri indah) , tidak panas dan tidak pula sejuk dan pada paginya matahari menjadi lemah (cahaya dan panasnya) kemerah-merahan.” (hadith hasan riwayat Thiyalisi no.349 dan Ibn Khuzaimah dan Bazzar).
Kebiasaannya sekiranya hujan pada waktu siang maka malamnya akan menjadi sebuah malam yang sederhana suhunya dan tidak panas serta tidak sejuk dan keesokkan harinya menjadi redup menurut fenomena kebiasaan.
Walaubagaimanapun hanya Allah jualah yang mengetahui secara tepat dan hendaklah umat islam berusaha beribadah setiap malam dan waktu kerana Allah dan mengharap redha-Nya.
Tetapi fenomena malam Al Qadr itu disusuli hujan dapat dibuktikan melalui hadis bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Al Qadr, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang ertinya):
“Sesungguhnya malam Al Qadr itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Baginda melihatnya dan baginda sujud di waktu subuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam terbuat dari anjang-anjang. Baginda menjalankan solat subuh bersama para sahabatnya kemudian baginda sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.”
(HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari sohabat Abu Sa’id Al-Khudri).
Juga hadis dari sahabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda
“Sesungguhnya alamat malam Al Qadr adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”.
(HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqah)
Faedah malam Al Qadr sesungguhnya disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Barangsiapa yang mendirikan malam Al Qadr dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan baginya segala dosa yang telah berlalu” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 759).
Telah sahih dari Ummul Mukminah Aisyah ra yang telah bertanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam apakah yang perlu dibaca pada malam Al Qadr jika beliau menjumpainya maka dijawab oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan bersabda :
“Katakanlah: Allahumma sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang menyukai mengampunkan hamba-Mu maka ampunilah aku.” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 3760 dan Ibn majah no. 3850).
" Dan berdoalah kamu kepada Aku (Allah) nescaya Aku (Allah) akan makbulkan." (Surah Al-Ghafir : 60).
Ketahuilah hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya , cukuplah kita memohon kebaikan dari Allah dan meminta Allah yang menentukan apa yang baik untuk kita bukan sebaliknya kita yang memandai-mandai meminta yang bukan-bukan tanpa kita mengetahui apakah ianya baik untuk kita atau sebaliknya.
Manusia selalunya tidak tahu apa yang harus diminta dan tidak tahu apa yang dimintanya kepada Allah swt. Mereka memarahi Allah kerana tidak memakbulkan doanya sedangkan apa yang dimintanya itu sebenarnya buruk bagi mereka.
Jauhilah mendoakan sesuatu yang khusus yang boleh mempengaruhi hidup orang lain kerana hal itu jika dimakbulkan boleh menyebaban penderitaan kepada orang lain. Tidak mustahil doa ini dimakbulkan Allah namun apakah ini merupakan kebaikan baginya ?
" Dan ketika hamba-Ku berdoa kepada Aku , sesungguhnya aku amat dekat kepada mereka dan aku akan menyahut setiap doa dari orang yang berdoa." (Al-Baqarah : 186).
Kerana itulah disebut dalam hadith riwayat Jabir ibn Abdillah ra yang berkata “Sesungguhnya Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam mengajar kami melakukan istikharah (solat) dalam setiap urusan keseluruhannya seperti seolah baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran dan baginda bersabda ;
“ Jika ada sesiapa di antara kamu yang mengalami masalah dalam sesuatu urusan maka solatlah dua rakaat sunat kemudian berdoalah ; Allahumma (wahai tuhan), aku memohon pertunjuk dari-Mu dengan ilmu yang Engkau miliki, dan memohon kekuatan dari-Mu, dengan kekuatan yang Engkau miliki, dan memohon dari-Mu sesuatu dari kebesaran dan kemurahan-Mu yang agung.
Sesungguhnya Engkau mentaqdirkan sesuatu dan aku tiadalah kuasa dalam hal itu, dan Engkau mengetahui dan aku tidaklah mengetahui dan bahkan Engkau adalah Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Allahumma (wahai tuhan), sesungguhnya jika bagi-Mu bahawa perkara ini adalah baik bagiku dan bagi agamaku serta kehidupanku dan membawa hasil yang elok maka taqdirkanlah ianya untuk aku dan permudahkanlah aku dengannya serta berkatilah aku padanya.
Wahai tuhan, jika urusan ini buruk bagi aku dan bagi agama aku serta buruk bagi kehidupan dan memudharatkan aku maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya. Taqdirkanlah bagi aku sesuatu yang lebih baik darinya dan berkatilah aku padanya.” (Hadith sahih, riwayat Bukhari m/s 126 dalam Fathul Bari Jilid 7).

Berikut adalah doanya:
اللَّهُمَّ اِنَكَ عَفُوٌّ تُحِبُ اَلفْوَ فَاعْفُ عَنِّيِ
Sesungguhnya pada malam Al-Qadr ini segala doa dimakbulkan dan hendaklah seseorang itu berdoa dengan kebijaksanaan dan untuk kebaikan dan bukanlah untuk keburukkan.

Let us try our best to get Lailatul Qadr..InsyaAllah..
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment