Saturday, November 29, 2008

Al-Insyirah

Assalamualaikum wbt..this is my 100th entry. So I want to talk about al-insyirah which means solace ( peace in the heart)..(uhuk2..mesti terbatuk team solacesole..hehe..)..Semalam, saya diuji dengan satu ujian yang bagi saya agak berat. Tapi, itulah tarbiyah darinya. Tidak berapa lama diuji dengan ujian tersebut, Dia datangkan penawarnya. Al-Insyirah, itulah penawar bagi saya. Surah yang dibentangkan sewaktu gathering bersama dengan senior semalam benar-benar memujuk hati ini. SubhanAllah..Alhamdulillah...Hanya hamdalah yang dapat saya ucapkan. Inilah pujukan dariNya disampaikan melalui orang-orang di sekeliling saya yang sangat-sangat saya cintai lillahitaa'la (my seniors) tapi yang bakal meninggalkan saya tidak lama lagi. Walau jasad-jasadnya berjauhan, tapi hakikat fikrah yang samalah akan mengikat hati-hati ini. InsyaAllah..

Al-Insyirah = kelapangan hati. Surah ini diturunkan susulan dari surah Ad-Dhuha. Ia sebagai pelengkap kepada pujukan Allah kepada Rasulullah di dalam surah ad-Dhuha. Let me explain a little bit about Ad-Dhuha.. Surah Ad-Dhuha ini turun untuk memujuk Rasulullah kerana ketika itu, agak lama wahyu tidak datang kepada Nabi. Rasulullah diejek-ejek oleh kafirun laknatullah dengan mengatakan bahawa Tuhannya Muhammad telah meninggalkannya. Rasulullah berasa sangat susah hati lalu turun la surah Ad-Dhuha. Kemudian diturunkan lagi surah Al-Insyirah ini, menambahkan lagi sifat Maha Penyayang Allah kepada kekasihNya. (Sila rujuk kepada tafsiran surah Ad-Dhuha utk mengetahui dengan lebih lanjut)..

Al-Insyirah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?
dan Kami telah pun menurunkan bebanmu darimu
yang memberatkan belakang mu
dan Kami tinggikan sebutan namamu bagimu
maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan lain), tetaplah bekerja keras (utk urusan lain-kembali pada Tuhanmu)
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap

Conclusionnya, ingatlah Allah di waktu susah dan senang. Dia tidak pernah meninggalkan hambaNya. Kejarlah Dia. Gunakan surat cinta dariNya(Quran) sebagai penenang jiwa. Dan ingatlah semua perkara yang berlaku, ada hikmahnya.

p/s: sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat ayah kepada sahabat saya yang baru kembali menemui penciptaNya semalam. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Dan kepada sahabat saya, fasbir sobran jameela (bersabarlah dengan kesabaran yang cantik)..Ini ujian dariNya..

Wallahulam...

Tuesday, November 25, 2008

Jalan Dakwah

Assalamualaikum wbt...

Ditujukan untuk semua daie-daie atau penyeru-penyeru manusia ke jalan kebenaran..=)


Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita


Gerhana hanyalah sementara. Tunggulah kebangkitan bulan purnama.Yakinlah dengan janjiNya.

"Dan Dialah yang menjadikanmu sebagai khalifah-khalifah di muka bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas(karunia) yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun Maha Penyayang" (Al-An'am:165)

Wallahualam..

Ikhlaskan diri

Assalamualaikum wbt...

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya"-melekat betul di hati saya quotation tersebut. Saya terjumpa ayat ini, ketika sedang melompat dari sebuah blog ke sebuah blog yang lain. Terima kasih buat saudari blogger tersebut. Menarik quotation tu sebenarnya. Kenapa disuruh mengikat ilmu dengan menuliskannya? kerana menulis itu juga adalah satu medium untuk berdakwah dan secara tidak langsung, dengan menulis ilmu-ilmu yang kita ada untuk dikongsikan bersama orang lain, ia makin menambahkan ingatan kita pada ilmu tersebut dan turut sama menasihatkan kita untuk beramal dengannya. (kalau kalian ada tafsiran lain utk quotation tersebut, bley kongsi ya.)

berbalik pada tajuk entry:

emm hari ni dah berdakwah pada orang belum?tak semestinya perlu berceramah baru dikatakan berdakwah..hanya dengan mengajak orang melakukan kebaikan, itu juga sudah dikira berdakwah..(kenapa kurang berkesan ayt2 saya?ish dah hilang vocab nih..mcm tunggang terbalik je aytnye...entahla.biarle..asal sampai mksd yang saya nak sampaikan sudah =) ). Ke dah letih berdakwah? ajak-ajak orang, tapi takde jugak yang ikut..letih ye??takpe2 ingat ye hidayah tu Allah yang bagi dan usaha kita yang Allah kira, bukannya berapa orang yang mengikut kita..dan jangan berputus asa..teruskan saje..Para rasul dulu, lagi dasyat ujiannya bila nak ajak orang berdakwah. Ingat tak Nabi Nuh? dalam 950 tahun berdakwah..hanya 50 orang je yang ikut baginda..kita ni??macam ada kot dalam 2, 3 tahun..baru lagi tu...kemudian ingat tak kisah Rasulullah yang berdakwah ke Taif? teruk sangat tentangan baginda time tu..dilempar batu oleh orang-orang Taif.Sampai dikatakan boleh dengar bunyi lecekan darah dari tapak kaki baginda bila baginda berjalan. Banyak lagi dugaan baginda antaranya ialah kaum musyrikin Mekah dan juga golongan munafik di Madinah..Tapi baginda bersabar dan paling penting IKHLAS bila menyampaikan agama Allah ini..

Hati manusia ini, ada kunci-kuncinya dan hanya orang yang ikhlas sahaja mampu menyentuh hati orang lain. IKHLAS ni ap? Ikhlas ni ialah apabila setiap amalan, kata-kata dan jihad saudara muslim itu demi Allah dan untuk mencari keredhaaNya tanpa memandang segala imbuhan, kemegahan,gelaran. Dengan itu, seseorang itu akan menjadi seorang tentera demi fitrah dan aqidah bukannya pengikut kebendaan dan kepentingan (Hassan Al-Banna). Lawan kepada ikhlas ini adalah riak dan "Sedikit riak itu sudah mendatangkan syirik pada Allah".Nauzubillah...

Jom kita tengok tanda-tanda orang yang ikhlas..Sama-sama kita muhasabah diri ye...

1) Takutkan kemsyhuran

2) Sentiasa mendakwa dirinya cuai dengan Tuhannya

3) Amalan yang dilakukannya hanya secara senyap-senyap

"Sesungguhnya sedikit riya itu sudah termasuk syirik. Dan sesiapa yang memusuhi seorang waliyullah bererti telah berperang dengan Allah, dan Allah kasih kepada hamba yang bertaqwa yang tersembunyi (tidak terkenal), apabila ketidaanya tidak dicari, bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka sebagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran."

4) Dia lebih mengutamakan untuk menjadi pengikut tetapi tidak kisah jika diangkat menjadi pemimpin.

5) Dia lebih mengambil berat redha Allah daripada redha manusia

6) Bekerja bukan untuk mendapat kejayaan @ kemenangan semata-mata bahkan kerana Allah. Walaupun tidak berjaya menarik orang untuk ke arah kebaikan, dia redha dan dirinya sendiri semakin rapat dengan Allah.

7) Dia gembira dengan orang yang lebih baik darinya untuk memikul tugas yang sama dengannya.

Itulah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsikan dengan semua..Sama-sama kita berusaha untuk megihlaskan diri dalam segala hal yang kita lakukan..semuanay adalah kerana Allah SWT..Akhirul kalam,

"Perlunya IKHLAS dalam tugas mengajak orang ke arah kebaikan. Kalau niatnya sudah tersasar, maka runtuhlah saff perjuangan itu"

Wallahualam

Friday, November 21, 2008

Antara 2 jalan


Assalamualaikum wbt..

"maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"(As-Syams:8-10)

Wahai manusia, golongan mana yang kamu pilih? Golongan yang beruntung atau golongan yang rugi? Jalan kejahatan dan jalan ketakwaan itu luas terbentang di depanmu..Timbang taralah dengan akalmu..Kamu pasti tahu benar akan pengakhiran dua jalan itu..satunya syurga yang indah dan satu lagi neraka jahannam..Oh wahai jiwa-jiwa sekalian, bangkitlah..Luaskan mindamu, celikkan matamu..tanyakan imanmu, mana satu yang berkenan di hatimu..Sudah pasti imanmu memilih jalan yang beruntung itu..Lalu mengapa masih ada yang memilih jalan yang rugi itu? Semua itu tipu helah syaitan dan nafsumu..Ya ulul albab..fikir,fikir dan fikirlah...

"Wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu" (Al-Fajr: 27-30)

Lihatlah betapa TuhanMu itu Yang Maha Penyayang, mengajak hamba-hambaNya untuk kembali padaNya..Walau sebesar dunia ini pun dosa hamba-hambaNya,tapi tidak pernah diabaikanNya..Hanya menunggu waktunya untuk kamu sahaja kembali kepadaNya..Ayuh, kita kembali padaNya..Percayalah kata-kataku, tidak rugi sedikit pun kamu kalau Dia yang menjadi pilihanmu...

Wallahualam...

Monday, November 17, 2008

Neraca langit atau neraca bumi?

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan jugak saya mencuri sedikit masa untuk menyiapkan entry ini.Dah lama tertunggak entry ni untuk diposkan. Musim-musim exam nih, asyik berkejar-kejaran mencari masa untuk mengkhatamkan buku-buku, nak tulis entry, makan dan sebgainya...sekarang waktu siang agak panjang dan waktu malam sangat pendek. So, I still need some time to adjust my self and to adapt with the changes..pening jugak..Siang tadi, saya menghabiskan masa di library. Bukan apa, banyak sangat ujian kalau di bilik i.e: internet, mknn dan sebagainya.Tak study jadinya..Setelah hampir waktu untuk solat asar, saya pun menuju ke musolla. Setelah sampai ke sana, tak berapa lama kemudian, ada seorang brother ni mengumandangkan azan. Syahdu je mendengarnya. Iye la kalau dah nak hampir 10 bulan asyik dengar azan dari laptop je..Time ni jugaklah teringat azan kat Malaysia..And I really miss my hometown..

Kembali kepada tajuk entry ini. Neraca langit atau neraca bumi? Perkataan neraca langit dan neraca bumi ini saya menjumpai penggunaanya dalam tafsir fi zilal karangan Syed Qutub. Minggu lepas, saya diberi mandat untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai surah 'Abasa. Daripada surah inilah perkataan neraca langit dan neraca bumi itu terlekat dalam hati saya. Saya akan menyentuh bahagian pertama surah ini dari ayat 1-16. Kita mulakan dengan tafsiran surah ini.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"(1)Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling. (2)kerana seorang buta telah datang kepadanya (Abdullah bin Ummi Makhtum). (3)Dan tahukan engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa). (4) atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?. (5)Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (pembesar-pembesar Quraisy). (6)maka engkau (Muhammad) memberi perhatian kepadanya, (7) padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman). (8) Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran). (9) sedang dia takut kepada Allah. (10) engkau (Muhammad) malah mengabaikannya. (11) Sekali-kali jangan (begitu)!Sungguh, (ajaran-ajaran Allah) itu suatu peringatan. (12) maka barangsiapa mengkehendaki, tentulah dia akan memperhatikannya. (13) di dalam kitab-kitab yang dimuliakan (disisi Allah). (14) yang ditinggikan (dan) disucikan. (15) di tangan para utusan( malaikat) .(16) yang mulia lagi berbakti."

Bahagian pertama surah ini memperkatakan salah satu peristiwa yang berlaku dalam sirah Rasulullah SAW, iaitu ketika beliau sibuk melayani rombongan pembesar-pembesar Quraisy untuk menyeru mereka kepada agama Islam. (Dengan Islamnya pembesar-pembesar Quraisy ini akan memudahkan penyebaran Islam di Mekah keran mereka terdiri daripada golongan yang berpengaruh dan kuat menentang Islam). Tiba-tiba Rasulullah ditemui oleh seorang buta yang miskin. "Wahai Rasulullah, Bacalah kepadaku dan ajarkanku apa yang telah diajarkan Allah kepada anda". Ia tidak mengetahui Rasulullah sedang duduk melayani rombongan itu. Ia terus meminta Rasulullah SAW mengajarnya apa yang disampaikan Allah kepada baginda. Ini membuat Rasulullah tidak senang dan memasamkan mukanya dan tidak melayaninya, lalu turun surah ini daripada Allah SWT untuk menegur Rasulullah.

Ayat 3 dan 4 itu, telah dihuraikan oleh Syed Qutub bahawa si lelaki buta itu barangkali telah dicampakkan hidayah oleh Allah untuk menuntut ilmu agama Islam yang akan membersihkan hatinya dan mencari pengajaran untuk dirinya.

Ayat 5 hingga 10 pula, menyatakan kehairanan kerana orang yang berdikari (dimaksudkan dengan orang yang merasakan tidak perlu kepada Islam) telah Rasulullah memberikan layanan baik dan bersusah payah supaya mereka mendapat hidayah-(perlu diingatkan di sini bahawa Rasulullah berbuat demikian bukanlah untuk tujuan lain tetapi untuk agama Islam itu juga). Dan diberitahu bahawa tidak menjadi mudharat apa-apa kepada Rasulullah jika pembesar-pembesar Quraisy itu masih bergelimang dalam dosa. Allah lebih mengutamakan orang mukmin yang ingin mencari pengajaran berbanding orang-orang kafir itu.

Berdasarkan surah ini, membuktikan Allah lebih memandang mulia seseorang itu berdasarkan ketakwaannya. Sesiapa yang berkehendakkan agamaNya, itulah yang lebih dipandangnya berbanding sesiapa yang langsung tidak mahukan agamaNya. Semua nilai-nilai dunia tidak mempunyai erti dan maknanya. Inilah neraca langit. Dalam surah al-Hujurat ayat 13, Allah berfirman : "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa". Ini lah hakikat agung yang diturunkan kepada manusia dan juga menunjukkan bimbingan Allah kepada Rasulullah SAW.

Selepas turunkan surah ini, Rasulullah SAW terus menyebarkan surah ini agar dijadikan iktibar kepada umat yang lain. Dan jika baginda bertemu dengan Abdullah bin Ummi Makhtum, baginda akan menyapanya dengan berkata: " Selamat bertemu dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh Tuhanku". Lihatlah betapa mulianya akhlak yang ditunjukkan baginda..

Apa pula neraca bumi? Bagi saya neraca bumi itu ialah apabila kita melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan manusia. Contohnya: pangkat,kekayaan dan sebagainya. Tapi itu semua tidak dikira pun di depan Allah..Manakan sama neraca langit dan neraca bumi....

rujukan: Tafsir fi Zilalil Quran (Di bawah naungan Quran) oleh Syed Qutub
boleh didownload di bahantarbiyah.info

p/s: saya hanya seorang hambaNya yang cuba untuk memahami agama ini dengan lebih mendalam.Masih lagi dalam proses pembelajaran..So kalau ada salah silap, mohon tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja.=)

pos ni mcm perlu diperlengkapkan lagi..tapi skrg dah ngantuk..nnti sy smbung lagi..=)

Wallahualam..

Friday, November 14, 2008

Knowledge is the light



shakautu ila Waki`
su'a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna
bi anna ilman nur
wa nur Allah
la yu`ta al-`as la yu`ta al-`as
fal ilman nur

shakautu ila Waki`
su'a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna
bi anna ilman nur
wa nur Allah
la yu`ta al-`as la yu`ta al-`as
fal ilman nur

The great Imam ash-Shafi',
he went to his teacher Waki`
Complaining about the weakness of his memory.
He told him, 'abandon rebellion,
for knowledge is a light
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.'
The light of Allah
knowledge is light

shakautu ila Waki`
su'a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna
bi anna ilman nur
wa nur Allah
la yu`ta al-`as
al ilman nur
The light of Allah
knowledge is light



Telah dinukilkan di dalam sebuah syair Imam Asy Syafi'i Rahimahullah;

"Aku mengadu kepada Waqi' akan betapa buruknya hafalanku, maka beliau menyuruhku untuk meninggalkan maksiat. Dan beliau jua mengatakan kepadaku bahawa Ilmu itu adalah nur, dan nur Allah dan tidak akan datang kepada orang yang melakukan maksiat"

p/s: renung-renungkan...

Wallahualam...

Thursday, November 13, 2008

One man’s journey to Islam (Idris Tawfiq)



Assalamualaikum wbt..I was really touched with this man's story of how he converted to Islam..Reading his story makes me realizes that Islam is a very beautiful religion where it is the only way to find peace in our heart. I am very grateful to be a muslim and I bet so do you. Thanks to Allah SWT for giving me the tawfiq and hidayah to understand Islam better when I am in Australia..I hope I will die with Islam full-filled in my heart.Amin =)..Let me share with you his story...


"Strongest among men in enmity to the Believers wilt thou find the Jews and Pagans; and nearest among them in love to the Believers wilt thou find those who say “We are Christians”: because amongst these are men devoted to learning (priests), and men who have renounced the world (monks), and they are not arrogant. And then they listen to the revelation received by the Messenger, thou wilt see their eyes overflowing with tears, for they recognize the truth. They pray: ‘Our Lord! We believe, write us down among the witnesses.’ (Surat Al-Maida 82-83)”

This was what happened to the former British Catholic Priest Idris Tawfiq on reciting the holy book, Al Qur’an, to his students at a school in the UK. And this was one of the important steps in his journey of conversion to Islam. During a recent lecture he gave at the British Council in Cairo, Tawfiq made clear that he has no regrets about his past and his five years at the Vatican.

I enjoyed being a priest and helping people for some years. However, deep inside, I was not happy and I felt that something was not right. Fortunately, and it is God’s will, some events and coincidences in my life led me to Islam,” he told a packed hall at the British Council.

An important event for Tawfiq was his decision to quit his work at the Vatican, a step followed by making a trip to Egypt. “I used to think of Egypt as a country of pyramids, camels, sand and palm trees. I actually took a charter flight to Hurghada. Shocked to find it similar to some European beaches, I took the first bus to Cairo where I spent the most wonderful week.”

"This was my first introduction to Muslims and Islam. I noticed how Egyptians are such gentle, sweet people, but also very strong."

“Like all Britons, my knowledge about Muslims up to that time didn’t exceed what I heard from the TV about suicide bombers and fighters, which gave the impression that Islam is a religion of troubles.

“However, in Cairo I discovered how beautiful this religion is. Very simple people selling goods on the street would abandon their trade and direct their face to Allah and pray the moment they heard the call to prayer from the mosque. They have a strong faith in the presence and will of Allah.” he said.

“On my return I resumed my old job of teaching religion. The only compulsory subject in British education is Religious Studies. I was teaching about Christianity, Islam, Judaism, Buddhism and others. So everyday I had to read about these religions to be able to teach my lessons to the students, many of whom were Arab Muslim refugees.

“In other words, teaching about Islam taught me many things. Unlike many troublesome teenagers, these students set a good example of what a Muslim could be. They were polite and kind. A friendship developed between us and they asked if they could use my classroom for prayers during the fasting month of Ramadan.

“I got accustomed to sitting at the back, watching them praying for a month. I sought to encourage them by fasting during Ramadan with them, even though I wasn’t yet a Muslim.

“Once, while reciting a translation of the holy Qur’an in class I reached the verse: ‘And when they listen to the revelation received by the Messenger, thou wilt see their eyes overflowing with tears, for they recognize the truth.’

“To my surprise, I felt tears welling up in my eyes and I tried hard to hide it from the students.”

A turning point in his life, however, came in the aftermath of the terrorist attacks in the US on September 11, 2001. “The following day, I was taking the underground and noticed how terrified the people were. I was also afraid of the repetition of such acts in Britain.

“At the time, the Western people started fearing this religion they blamed for terrorism. However, my previous experience with Muslims took me to a different direction. I started wondering ‘Why Islam? Why do we blame Islam as a religion for the action of terrorists who happened to be Muslims, when no one accused Christianity of terrorism when some Christians have acted the same way?

“One day I headed to the biggest Mosque in London, to hear more about this religion. Getting into London Central Mosque, there was Yusuf Islam, the former pop singer, sitting in a circle talking to some people about Islam. After a while, I found myself asking him ‘What do you actually do to become a Muslim?’

“He answered that a Muslim should believe in one God, pray five times a day and fast during Ramadan. I interrupted him saying that I believed all this and had even fasted during Ramadan. So he asked, ‘What are you waiting for? What is holding you back?’ I said, ‘No, I don’t intend to convert.’

“At that moment the call to prayer was made and everyone got ready and stood in lines to pray. I sat at the back, and I cried and cried. Then I said to myself, ‘Who am I trying to fool?’

“After they ended their prayers, I headed to Yusuf Islam, asking him to teach me the words by which I announce my conversion. After explaining its meanings to me in English, I recited after him in Arabic that there is no God but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah,” recounted Tawfiq, holding back his tears.

Thus his life has taken a different course. Living in Egypt, Tawfiq wrote a book about the tenets of Islam. Explaining why he penned his book Gardens of Delight: a simple introduction to Islam, Tawfiq noted that everyone is saying that Islam is not a religion of terrorism and isn’t a religion of hatred, but no-one tries to explain what it is.

“I decided to write this book to give non-Muslims an idea about the basic principles of Islam. I tried to tell people how beautiful Islam is and that Islam has the most extraordinary treasures, the most important being Muslims’ love for each other. The Prophet says ‘even a smile to your brother is a charity.’

The end.

written by Manal Abdul Aziz

Wallahualam...

Tuesday, November 11, 2008

Bila hati kecil ku berbicara

Assalamualaikum wbt... Bila dahi mencecah ke sejadah....terasa begitu dekat denganNya...Damai juga datang mengetuk pintu hati....terasa betapa kerdilnya diri ini....Di hadapan Sang Pencipta Agung...Hati kecilku berbicara pada hari ini....Sudah lama tidak kudengari bisikan itu...Bisikan yang membuatkan aku tertanya..Di mana silapnya?...Hati ini memerhatikan kerenah manusia...Dari yang mengenal Tuhannya kepada yang tidak kenal akan TuhanNya...Dari yang tahu akan Tuhannya kepada yang berpura-pura tidak tahu...Di mana puncanya?..Hati seakan mahu menjerit..wahai muslimah sekalian, jagalah peribadi mu..jagalah dirimu..jagalah tingkah laku mu...Ingat akan perintahNya..Ikuti perintahNya..Barangkali kerana diri masih muda lalu mahu berseronok-seronok dahulu..Ingatkah kalian, kematian itu datang menyapa tanpa mengira umurnya...Saat itu telah terlambat bagi kita untuk baru tunduk kepadaNya...Hati ini tahu yang kalian tahu itu semua...Hati ini yang lemah imannya, tidak mampu menegur kalian...Cuma secebis luahan rasa yang mampu hati ini coretkan...Hati ini juga tidak sempurna...Masih bertatih mencari yang Maha Sempurna...Cuma hati ini tidak tegar melihat kalian begitu...kerana apa??kerana hati ini sayang pada kalian..sangat menyayangi kalian..





Wallahualam...

Saturday, November 8, 2008

As-solah

Assalamualaikum wbt..

Lega rasanya dah habiskan semua esaimen untuk sem ni..tepat jam 12 mlm smlm saya dah hantar esaimen terakhir untuk sem 2 2008....alhamdulillah...

Rasanya untuk entri kali ni, saya nak menyentuh mengenai perihal solat...

Korang baca dulu hadis ni:

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa bersolat tepat pada waktunya dgn melengkapkan wudhuknya, menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka solat itu dinaikkan ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: ”Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku.”Tetapi barangsiapa yang bersolat tidak di dalam waktunya yang ditentukan dan tidak melengkapkan wudhuknya serta tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan khusyuknya, maka solat itu akan naik ke atas dalam keadaan hitam legam sambil berkata: ”Semoga Allah menyia-yiakan dirimu sebagaimana engkau menyia-yiakan aku”. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki Allah, ia dilipatkan sebagaimana dilipat baju yang koyak, kemudian dipukul kepada muka pelakunya”

(Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)


Nauzubillah...Janganlah solat kita jadi seperti yang tertulis pada bahagian kedua hadis itu..Tidak diterima, hitam legam dan di lemparkan pada kita kembali..dan apa yang kita boleh dapat dari hadis di atas? Hadis ni mengingatkan kita bahawa janganlah main-main time solat..Time solat tu kan waktu untuk kita menghadap Allah..Bukan ke sia-sia bila kita solat, tapi tak dapat apa-apa..pahala pun tak dapat...redha Allah pun tak dapat..walaupun susah untuk mencapai tahap kekusyukkan seperti solat para nabi,para sahabat serta alim ulama yang lain, kita cubalah berusaha untuk khusyuk dlm solat kita..kalau rasa macam terlari sket ingatan tu, kembali kan ia..dan seelok-eloknya, kita fahami makna bacaan solat tu barulah senang nak khusyuk..


Kadang-kadang ramai orang tdk menyedari yang solat ni merupakan penghubung antara Allah dan hambanya..Seakan-akan kita berinteraksi dengan Allah..Dalam entri saya yang lepas-lepas, ada saya kupaskan sedikit mengenai interaksi Allah ngan manusia dalm solat iaitu ketika membaca surah Al-Fatihah..Suka untuk saya bertanya:

Kenapa kamu solat?

"mak suruh..."

"dah dari kecik kene solat, pastu bila tak solat rasa lain plak"

"sebab nanti kawan-kawan tahu kita tak solat"

"isi masa lapang"-(emm..yg ni tk sure sgt)


Sahabat sekalian, solat itu tiang agama dan kalau tiada tiang itu, bagaimana mahu tegak agamanya?Mungkin hanya dengan sedikit angin taufan, sudah runtuh agamanya itu..Lebih dasyat lagi jika hanya runtuh dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa...Cuba fikirkan..rasanya kalian mengerti apa yang cuba saya sampaikan di sini...=)


Solat itu juga mencegah kita dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar..Ini bukan hanya sekadar kata-kata saya tetapi ini adalah kalam Allah..Cuba kita muhasabah diri sendiri..Kalau ada melakukan sesuatu maksiat, refleks balik ngan solat kita..Adakah solat kita itu elok atau tidak..Saya memang sangat berpegang dengan prinsip ini..Jika saya ada melakukan kesilapan atau suatu dosa, maka solat saya ada yang tak kena..Bila solat dijaga, hati jadi tunduk pada Dia..dan jika hati sudah lembut dan lunak, tentulah tidak akan sanggup kita melakukan sesuatu dosa atau maksiat..dan dari solat itu juga akan terbit segala amal-amal baik yang lain..


Jagalah solat kita, jadikan ia sebagai satu mutiara yang berharga..dan bersegeralah dalam menunaikan solat..


Oleh itu, saya ingin menyeru kwn-kwn sekalian, muslimin muslimat dan mukminin mukminat termasuk diri saya sendiri supaya menjaga solat kita dan bersegera dalam bersolat..Jangan kita bertangguh lagi...Tinggalkan dulu kerja-kerja dunia tu sekejap...Solat pun takla ambil mase smpai setengah jam kn....Kalau Allah bleh ada masa dengan kita, takkan kita hambaNya ini tak ada masa untuk khaliq kita...

p/s:

"If solah is offered with sincere heart and proper devotion, it has the power to clean the heart and change one's life by building an inner sense of peace, certainty and discipline in the individual"


Wallahualam..


Saturday, November 1, 2008

=) Mujahadah =)

Assalamualaikum wbt...

Bangun fariena!! jangan tido lagi..banyak artikel nak kene baca nih..This is my last assignment for this sem..mujahadah sket.. :)
Satu ubat yang saya rasa memang mujarab untuk hilangkan mengantuk adalah dengan singgah kat blog-blog orang..Dah jadi habit dah sekarang..Dalam duk melompat dari satu blog ke satu blog yang lain, saya jumpa satu petikan ayat yang membuatkan saya membacanya berulang-ulang kali..Sangat best ayat dia..Meh nak share..

"Yang dilihat dan diukur-Nya bukan sejauh mana usahamu, tapi yang diharap sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu... pergantunganmu pada-Nya...
Tapi tak bermakna tidak perlu berusaha... USAHAlah semampumu, tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan... tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata pada-Nya... Itulah penentu KEJAYAANmu..."

So, what do you think?? I think its true.. indeed very true..Credit to Jie..(amek dari blog dia nih.. =) )..Ok nak sambung baca lagi.. =)

Wallahualam...