Tuesday, November 25, 2008

Ikhlaskan diri

Assalamualaikum wbt...

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya"-melekat betul di hati saya quotation tersebut. Saya terjumpa ayat ini, ketika sedang melompat dari sebuah blog ke sebuah blog yang lain. Terima kasih buat saudari blogger tersebut. Menarik quotation tu sebenarnya. Kenapa disuruh mengikat ilmu dengan menuliskannya? kerana menulis itu juga adalah satu medium untuk berdakwah dan secara tidak langsung, dengan menulis ilmu-ilmu yang kita ada untuk dikongsikan bersama orang lain, ia makin menambahkan ingatan kita pada ilmu tersebut dan turut sama menasihatkan kita untuk beramal dengannya. (kalau kalian ada tafsiran lain utk quotation tersebut, bley kongsi ya.)

berbalik pada tajuk entry:

emm hari ni dah berdakwah pada orang belum?tak semestinya perlu berceramah baru dikatakan berdakwah..hanya dengan mengajak orang melakukan kebaikan, itu juga sudah dikira berdakwah..(kenapa kurang berkesan ayt2 saya?ish dah hilang vocab nih..mcm tunggang terbalik je aytnye...entahla.biarle..asal sampai mksd yang saya nak sampaikan sudah =) ). Ke dah letih berdakwah? ajak-ajak orang, tapi takde jugak yang ikut..letih ye??takpe2 ingat ye hidayah tu Allah yang bagi dan usaha kita yang Allah kira, bukannya berapa orang yang mengikut kita..dan jangan berputus asa..teruskan saje..Para rasul dulu, lagi dasyat ujiannya bila nak ajak orang berdakwah. Ingat tak Nabi Nuh? dalam 950 tahun berdakwah..hanya 50 orang je yang ikut baginda..kita ni??macam ada kot dalam 2, 3 tahun..baru lagi tu...kemudian ingat tak kisah Rasulullah yang berdakwah ke Taif? teruk sangat tentangan baginda time tu..dilempar batu oleh orang-orang Taif.Sampai dikatakan boleh dengar bunyi lecekan darah dari tapak kaki baginda bila baginda berjalan. Banyak lagi dugaan baginda antaranya ialah kaum musyrikin Mekah dan juga golongan munafik di Madinah..Tapi baginda bersabar dan paling penting IKHLAS bila menyampaikan agama Allah ini..

Hati manusia ini, ada kunci-kuncinya dan hanya orang yang ikhlas sahaja mampu menyentuh hati orang lain. IKHLAS ni ap? Ikhlas ni ialah apabila setiap amalan, kata-kata dan jihad saudara muslim itu demi Allah dan untuk mencari keredhaaNya tanpa memandang segala imbuhan, kemegahan,gelaran. Dengan itu, seseorang itu akan menjadi seorang tentera demi fitrah dan aqidah bukannya pengikut kebendaan dan kepentingan (Hassan Al-Banna). Lawan kepada ikhlas ini adalah riak dan "Sedikit riak itu sudah mendatangkan syirik pada Allah".Nauzubillah...

Jom kita tengok tanda-tanda orang yang ikhlas..Sama-sama kita muhasabah diri ye...

1) Takutkan kemsyhuran

2) Sentiasa mendakwa dirinya cuai dengan Tuhannya

3) Amalan yang dilakukannya hanya secara senyap-senyap

"Sesungguhnya sedikit riya itu sudah termasuk syirik. Dan sesiapa yang memusuhi seorang waliyullah bererti telah berperang dengan Allah, dan Allah kasih kepada hamba yang bertaqwa yang tersembunyi (tidak terkenal), apabila ketidaanya tidak dicari, bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka sebagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran."

4) Dia lebih mengutamakan untuk menjadi pengikut tetapi tidak kisah jika diangkat menjadi pemimpin.

5) Dia lebih mengambil berat redha Allah daripada redha manusia

6) Bekerja bukan untuk mendapat kejayaan @ kemenangan semata-mata bahkan kerana Allah. Walaupun tidak berjaya menarik orang untuk ke arah kebaikan, dia redha dan dirinya sendiri semakin rapat dengan Allah.

7) Dia gembira dengan orang yang lebih baik darinya untuk memikul tugas yang sama dengannya.

Itulah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsikan dengan semua..Sama-sama kita berusaha untuk megihlaskan diri dalam segala hal yang kita lakukan..semuanay adalah kerana Allah SWT..Akhirul kalam,

"Perlunya IKHLAS dalam tugas mengajak orang ke arah kebaikan. Kalau niatnya sudah tersasar, maka runtuhlah saff perjuangan itu"

Wallahualam

No comments: