Monday, November 17, 2008

Neraca langit atau neraca bumi?

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan jugak saya mencuri sedikit masa untuk menyiapkan entry ini.Dah lama tertunggak entry ni untuk diposkan. Musim-musim exam nih, asyik berkejar-kejaran mencari masa untuk mengkhatamkan buku-buku, nak tulis entry, makan dan sebgainya...sekarang waktu siang agak panjang dan waktu malam sangat pendek. So, I still need some time to adjust my self and to adapt with the changes..pening jugak..Siang tadi, saya menghabiskan masa di library. Bukan apa, banyak sangat ujian kalau di bilik i.e: internet, mknn dan sebagainya.Tak study jadinya..Setelah hampir waktu untuk solat asar, saya pun menuju ke musolla. Setelah sampai ke sana, tak berapa lama kemudian, ada seorang brother ni mengumandangkan azan. Syahdu je mendengarnya. Iye la kalau dah nak hampir 10 bulan asyik dengar azan dari laptop je..Time ni jugaklah teringat azan kat Malaysia..And I really miss my hometown..

Kembali kepada tajuk entry ini. Neraca langit atau neraca bumi? Perkataan neraca langit dan neraca bumi ini saya menjumpai penggunaanya dalam tafsir fi zilal karangan Syed Qutub. Minggu lepas, saya diberi mandat untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai surah 'Abasa. Daripada surah inilah perkataan neraca langit dan neraca bumi itu terlekat dalam hati saya. Saya akan menyentuh bahagian pertama surah ini dari ayat 1-16. Kita mulakan dengan tafsiran surah ini.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
"(1)Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling. (2)kerana seorang buta telah datang kepadanya (Abdullah bin Ummi Makhtum). (3)Dan tahukan engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya (dari dosa). (4) atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?. (5)Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (pembesar-pembesar Quraisy). (6)maka engkau (Muhammad) memberi perhatian kepadanya, (7) padahal tidak ada (cela) atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman). (8) Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran). (9) sedang dia takut kepada Allah. (10) engkau (Muhammad) malah mengabaikannya. (11) Sekali-kali jangan (begitu)!Sungguh, (ajaran-ajaran Allah) itu suatu peringatan. (12) maka barangsiapa mengkehendaki, tentulah dia akan memperhatikannya. (13) di dalam kitab-kitab yang dimuliakan (disisi Allah). (14) yang ditinggikan (dan) disucikan. (15) di tangan para utusan( malaikat) .(16) yang mulia lagi berbakti."

Bahagian pertama surah ini memperkatakan salah satu peristiwa yang berlaku dalam sirah Rasulullah SAW, iaitu ketika beliau sibuk melayani rombongan pembesar-pembesar Quraisy untuk menyeru mereka kepada agama Islam. (Dengan Islamnya pembesar-pembesar Quraisy ini akan memudahkan penyebaran Islam di Mekah keran mereka terdiri daripada golongan yang berpengaruh dan kuat menentang Islam). Tiba-tiba Rasulullah ditemui oleh seorang buta yang miskin. "Wahai Rasulullah, Bacalah kepadaku dan ajarkanku apa yang telah diajarkan Allah kepada anda". Ia tidak mengetahui Rasulullah sedang duduk melayani rombongan itu. Ia terus meminta Rasulullah SAW mengajarnya apa yang disampaikan Allah kepada baginda. Ini membuat Rasulullah tidak senang dan memasamkan mukanya dan tidak melayaninya, lalu turun surah ini daripada Allah SWT untuk menegur Rasulullah.

Ayat 3 dan 4 itu, telah dihuraikan oleh Syed Qutub bahawa si lelaki buta itu barangkali telah dicampakkan hidayah oleh Allah untuk menuntut ilmu agama Islam yang akan membersihkan hatinya dan mencari pengajaran untuk dirinya.

Ayat 5 hingga 10 pula, menyatakan kehairanan kerana orang yang berdikari (dimaksudkan dengan orang yang merasakan tidak perlu kepada Islam) telah Rasulullah memberikan layanan baik dan bersusah payah supaya mereka mendapat hidayah-(perlu diingatkan di sini bahawa Rasulullah berbuat demikian bukanlah untuk tujuan lain tetapi untuk agama Islam itu juga). Dan diberitahu bahawa tidak menjadi mudharat apa-apa kepada Rasulullah jika pembesar-pembesar Quraisy itu masih bergelimang dalam dosa. Allah lebih mengutamakan orang mukmin yang ingin mencari pengajaran berbanding orang-orang kafir itu.

Berdasarkan surah ini, membuktikan Allah lebih memandang mulia seseorang itu berdasarkan ketakwaannya. Sesiapa yang berkehendakkan agamaNya, itulah yang lebih dipandangnya berbanding sesiapa yang langsung tidak mahukan agamaNya. Semua nilai-nilai dunia tidak mempunyai erti dan maknanya. Inilah neraca langit. Dalam surah al-Hujurat ayat 13, Allah berfirman : "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa". Ini lah hakikat agung yang diturunkan kepada manusia dan juga menunjukkan bimbingan Allah kepada Rasulullah SAW.

Selepas turunkan surah ini, Rasulullah SAW terus menyebarkan surah ini agar dijadikan iktibar kepada umat yang lain. Dan jika baginda bertemu dengan Abdullah bin Ummi Makhtum, baginda akan menyapanya dengan berkata: " Selamat bertemu dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh Tuhanku". Lihatlah betapa mulianya akhlak yang ditunjukkan baginda..

Apa pula neraca bumi? Bagi saya neraca bumi itu ialah apabila kita melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan manusia. Contohnya: pangkat,kekayaan dan sebagainya. Tapi itu semua tidak dikira pun di depan Allah..Manakan sama neraca langit dan neraca bumi....

rujukan: Tafsir fi Zilalil Quran (Di bawah naungan Quran) oleh Syed Qutub
boleh didownload di bahantarbiyah.info

p/s: saya hanya seorang hambaNya yang cuba untuk memahami agama ini dengan lebih mendalam.Masih lagi dalam proses pembelajaran..So kalau ada salah silap, mohon tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja.=)

pos ni mcm perlu diperlengkapkan lagi..tapi skrg dah ngantuk..nnti sy smbung lagi..=)

Wallahualam..

2 comments:

Izyan Hamizah said...

alhamdulillah.. baguih2..
syabbas bette (gaya2 hindustan ckit)..

berikanlah peringatan walaupun pendek..

"fazakkir innafa'atizzikra" (87:9)

cant wait to see u in Melbourne..

semoga Allah permudahkan urusanmu, ukhti habeebati..

=)

Anonymous said...

jazakillah..wokeh jmpa disana insyaAllah..izy, doakn ye.nk exam dah ni..