Saturday, November 28, 2009

Ukhuwah..Ana uhibbuki fillah


Assalamualaikum wbt...

Hari ini, saya tiba-tiba terasa ingin berbicara mengenai ukhuwah..Ukhuwah is one of the sweetest things in my life..Rasanya bukan dalam hidup saya sahaja bahkan orang lain juga. Ia sesuatu yang manis untuk dirasai dan hidup terasa lengkap kerananya. Tapi itu hanyalah jika ukhuwah itu bersandarkan kepada Allah taala dan aqidah yang satu. Namun, ukhuwah yang manis bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai..Perlunya ada sikap berlapang dada antara satu sama lain dan peringkat ukhuwah yang paling tinggi ialah melebihkan sahabat itu daripada diri sendiri. Sudah tentu sesuatu yang susah bukan?

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai dan mustahil untuk dikatakan semua sahabat kita berperangai sama. Cuma mungkin ditakdirkan untuk mempunyai satu atau dua perangai yang hampir serupa. Oleh itu, kita akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dalam usaha kita mencapai kemanisan ukhuwah itu..Terutama dalam satu saff perjuangan..Ukhuwah memainkan peranan yang penting selain daripada iman dan material untuk membentuk satu saff yang hebat.

" Saya tak ngam ngan dia", "Saya takleh tahan dengan perangai dia", "She is too self centric", "Walau dah lama ngan dia, saya still tak bleh terima cara dia", " Saya langsung takleh tengok muka dia" dan sampai satu tahap " Saya rasa nak keluar dari saff ini sebab dia" Nauzubillah...Ukhti, ukhuwah awak sedang diuji..Adakah kerana manusia awak memilih untuk bekerja? Adakah kerana mempunyai orang yang sentiasa ngam dengan kita baru kita akan tsabat dalam jalan ini? Tidak ya ukhti..Di mana silapnya? 'Paling tepat saya rasankan ialah kerana 'Tiada komunikasi'. Segala-galanya dipendamkan dalam hati atau boleh dikatakan berlapang dada.. Tapi itu sesuatu yang sungguh bahaya..Yang berlapang dada itu kalau meletup mungkin boleh musnah dunia ini..Bagi saya, berlapang dada ada hadnya..Boleh menyuarakan jika ada ketidak puasan hati TAPI in a good manner...Besides that, cuba cek hubungan kita dengan Allah..Saya pernah diberitahu yang jika hubungan kita sesama manusia tidak elok, maka muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah. Mungkin ada silapnya di mana-mana.

Sedikit recap from cerita Kaab bin Malek...

* Bila mana diturunkan wahyu untuk memulaukan Kaab kerana tidak mengikuti rombongan Rasulullah ke Perang Tabuk, terasa sangat sempit dunia ini dan seolah-olah bumi tidak mahu menerima dirinya. Salah satu sebabnya,adalah kerana kesan drpd ukhuwah yang mantap dan teguh antara saudara sesama islam pada ketika itu. Apabila tidak diendahkan oleh sahabat yang lain terutama baginda nabi, Kaab merasakan sempitnya dunia itu. Ada juga di antara para sahabat yang tidak sanggup untuk memulaukan Kaab kerana ukhuwah yang ada tetapi diturutkan juga krn mematuhi perintah Rasulullah. Betapa kesan akibat rantaian ukhuwah yang terlerai itu, menyeksakan diri sesiapa yang menjadi salah satu tali pengikatnya.* Begitulah indahnya ukhuwahfillah..merana apabila kehilangannya terutama ukhuwah antara ansarullah...


Frankly speaking, takut untuk saya berbicara mengenai ukhuwah ini kerana mungkin saya pula yang akan diuji selepas ini. Tapi saya rasa perlu ditekankan mengenai masalah ukhuwah ini...Semoga ukhti dan juga saya diberi kekuatan untuk menghadapinya..



"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."

Wallahualam