Sunday, August 31, 2008

Ramadhan itu....

“Ish..kenapa rasa tk sedap hati je ni? Bukan begini cara yang dianjurkan Islam.” Mira bermonolog sendirian. Sudah hampir sebulan Mira mengenali Amir. Dalam waktu tersebut jugalah Mira banyak berhubung melalui sms dengan Amir. Amir banyak menghantar msg berbentuk tazkirah dan sering mengejutkan Mira untuk qiam dan solat subuh. Mira merasa bahagia. Terkadang dia tersenyum sendirian kerana itulah yang Mira impikan selama ini. Hadirnya seseorang yang mampu mengingatkan dia pada penciptaNya yang Maha Esa. Mira dapat merasakan getaran hatinya apabila mengingati Amir walaupun Mira tidak mengetahui bagaimana perasaan Amir padanya. Namun begitu, hati kecilnya menentang hebat. Mungkin imannya yang bersuara pada waktu itu. ”Kenapa kau teruskan sesuatu seperti ini?”tanya hati kecil Mira. ”Eh, aku tak buat apa-apa. Apa salahnya..kami tidak berjmpa, berbual-bual melalui telefon. Kami hanya bermsg2. Itu pun mengenai sesuatu yang berfaedah. Kami jauh dari zina mata, telinga, tangan dan kaki.” Hati Mira berkata lagi: ”Kau terlupa satu perkara hai sahabatku. Kau terlupa yang kau sedang berzina melalui hatimu”. Mira teringat akan satu hadis Rasulullah SAW.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Allah telah menentukan bagi anak Adam bagiannya dari zina yang pasti dia lakukan. Zinanya mata adalah melihat [dengan syahwat], zinanya lidah adalah mengucapkan [dengan syahwat], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [pemenuhan nafsu syahwat]. …” (HR Bukhari & Muslim)

Mira terkedu buat seketika. ”Oh Tuhan..apa yang harus aku lakukan?”

”Ramadhan bermaksud pembakaran. Iaitu pembakaran dosa-dosa yang telah dilakukan. Pada bulan inilah rahmatNya melimpah ruah dan ia lebih baik daripada bulan-bulan yang lain. Oleh itu sahabat-sahabat yang aku sayangi, bersihkan hatimu. Buang segala titik-titik hitam agar kita memasuki Ramadhan dengan hati yang bersih iaitu hati yang bersedia untuk menerima nur hidayah dariNya. Elakkan segala maksiat. Ramadhan juga satu platform untuk kita mengenal cintaNya.” dengan tegas dan bersemangat Mariam, sahabat seusrah dengan Mira menghuraikan apa yang telah diperolehinya sewaktu mendengar ceramah mengenai Ramadhan di pusat matrikulasi UIA, PJ.

Hati Mira terus bergelojak hebat. Esok dah masuk 1 Ramadhan. Hati mesti dibersihkan. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini. ”Lin! Yan! Jomlah singgah bilik aku dulu.” Kita borak-borak sikit.” Setibanya dibilik Mira, dia menangis teresak-esak sambil bercerita mengenai masalah yang dihadapinya kepada 2 rakan karibnya itu. Rakan karibnya itu menenangkannya dan menyuruhnya berdoa pada Allah agar diilhamkanNya jalan penyelesaian. Allah SWT yang Maha Penyayang mendengar doa Mira. Dengan petunjukNya, Mira mendapat satu kekuatan untuk mengakhiri resah hatinya itu. Dengan dorongan 2 rakan karibnya itu, Mira menaip sebuah message ringkas kepada Amir.

Assalamualaikum wbt. Saya rasa kita perlu berhenti message bermula dari sekarang. La takrobu zina. Cara kita berhubung ni memang membuatkan kita mendekati zina. Saya ingin mengejar cintaNya. Maaf ini message terakhir saya. Sampai sini sahaja..Wassalam.

Hati Mira sangat lega selepas itu dan dia hanya berserah pada Allah akan jodohnya itu. Dia teringat akan prinsip yang dia, Lin dan Yan mahu berpegang teguh iaitu tiada hubungan yang dibenarkan dalam Islam antara lelaki dan perempuan melainkan hanya selepas perkahwinan. Tidak sampai seminggu pun Mira berpegang kepada prinsip itu dan dia diuji dengan itu. Syukur pada Allah kerana masih lagi mahu memberikan aku peluang untuk kembali kepada jalanNya. Aku ingin berubah. Aku mahu menjadi serikandi perjuangan dalam Islam dan menjadi qudwah hasanah kepada orang lain agar Islam kembali mekar. Mira teringat akan kata-kata dari Hassan Hudhoibi yang merupakan mursyidul am ikhwanul Muslimin yang kedua.

”Tegakkanlah Islam dalam dirimu nescaya ia akan tertegak di sekelilingmu”

”Aku berjanji Ya Allah akan kuserahkan seluruh hidupku ini untuk berada di jalanMu. Mungkin jalannya penuh onak berliku tapi kebahagiaan yang abadi adalah pasti” tekad Mira di dalam hatinya. Ramadhan kali itu menyaksikan seorang hamba yang ingin mencari sinar cinta Rabbnya. Kemanisan iman itu dirasainya dan seluruh kehidupannya diserahkan pada Yang Esa.

Ramadhan itu merupakan Ramadhan yang takkan dapat dilupakan oleh Mira. Ramadhan itulah yang menemukan dirinya dengan cinta yang menenangkan dan mendamaikan. Cinta yang tak mampu dicari dengan sesuatu yang lain. Hatinya begitu tenang. Lupa dirinya pada dunia. Dia mahu mengaut sebanyak mungkin pahala-pahala yang dijanjikan oleh RabbNya.

Ramadhan seterusnya menjelma lagi. Begitu girang hatinya untuk menyambut Ramadhan kali ini kerana pengalaman manis yang dialaminya pada Ramadhan lepas. Ramadhan itulah yang menjadi titik tolak kepada perubahan dirinya. Namun, syaitan yang telah berjanji pada Allah untuk menyesatkan umat manusia itu menjalankan tugasnya lagi. Beberapa hari sebelum Ramadhan itu, Mira berusaha membersihkan hatinya lagi. Pelbagai cara yang dilakukan tapi saat itu jugalah penangan Amir datang lagi. Teringat lagi rupanya dia pada Amir walaupun sudah langsung tidak berhubung. Semakin cuba diusirnya, semakin datang bayangan itu. Malam itu, teresak-esak Mira dihadapan RabbNya. Memohon belas agar diberikan kekuatan padanya menghindari semua itu.

Dengan namaMu kumulakan curahan hati ini

Kau yang menjadi sumber kekuatanku

Hati ini tidak mahu jauh dariMu

Kerana telah kutemui sinar itu

Dan kerana telah kurasai kemanisan itu

Ya Allah, aku mencintaiMu setulus hatiku

Aku berharap berkekalan cinta itu sampai akhir waktuku

Dalam munajatku, aku berdoa

Dalam doaku, aku tangiskan

Aku bimbang akan kemurkaanMu

Dan seandainya ada secebis cinta ini untuknya,

Biarkan ia bernafas dalam redhaMu

Biarkan ia menjadi pemangkin untukku mencintaiMu

Kurniakan aku insan yang membawa aku kepadaMu

Adakah dia yang sudah kutemui itu?

Jawapannya hanya padaMu

Alihkan perasaan ini padaMu

Hanya biarkan ia mengalir apabila dihalalkan olehMu

Cintaku padaMu, rinduku padaMu

Kuatkan aku Ya Allah, bimbing aku Ya Allah

Agar tidak kukesali di akhirat nanti.

The end....

Ramadhan membuka tirainya

Rebutlah peluang yang ada

Bermujahadahlah melawan nafsu kita

Bersihkan dulu diri dari segala debu-debu dosa

Melangkahlah memasuki bulan mulia ini dengan sebersih-bersih hati

Jangan disia-siakan tawaran yang berganda-ganda dariNya

Ingatlah selangkah kita mendekatiNya,

Seribu langkah Dia mendekati kita

Salam Ramadhan Kareem untuk semua

Thursday, August 28, 2008

Hati tersentuhlah

Hati tersentuhlah
Kenapa tak rasa apa-apa?

Hati tersentuhlah
Kenapa jadi macam ni?

Hati tersentuhlah
Kasih TuhanMu yang tak pernah meninggalkanmu

Hati tersentuhlah
Hanya engkau yang jauh dariNya

Hati tersentuhlah
Aku bimbang dengan kamu

Hati tersentuhlah
Ramadhan kian hampir
Aku mahu memasukinya dengan hati yang bersih
Terhijab hati ini dengan perbuatan sendiri
Terhijab hati ini dengan nafsu sendiri

Apa harus aku lakukan?
Wahai hati tersentuhlah kamu
Aku buntu, aku bingung, aku sedih, aku resah, aku bimbang

Tuhanku, beri aku petunjukMu
Tuhanku, jangan lupakan aku
Tuhanku, kembalikan rasa itu
Tuhanku, aku bermohon padaMu

Mahu kembali padaMu
Mahu kembali pada fitrah asalku

Wednesday, August 27, 2008

Sharing-sharing

Assalamualaikum wbt..dah lewat sebenarnya ni.Sepatutnya saya dah melelapkan mata pada waktu sekarang. Memang dah terbiasa kat sini untuk tidur awal. Tapi malam ni disebabkan satu assignment yang saya rasakan agak sukar dan memerlukan pembacaan banyak menyebabkan saya masih lagi bersengkang mata untuk menulis yang terbaik. Mungkin sudah siap tapi masih dirasakan ada yang perlu diubah. Syukur alhamdulillah pada Allah SWT yang memberikan kekuatan pada diri ini untuk melalui ujian ini. Bagi saya assignment juga merupakan satu ujian dan tarbiyah(didikan) dari Dia. Banyak yang teruji seperti kesabaran, kerajinan dan sebagainya. Satu permata yang saya baru kesani kehilangannya telah saya jumpai pada malam ini. Tiada satu kata-kata pun selain hamdalah yang mampu saya ucapkan pada Allah SWT kerana memberi petunjuk pada saya untuk akhirnya menyedari kelalaian diri. Permata yang saya maksudkan itu adalah TAWAKAL..Mungkin kalau dilihat dari segi luaran saya nampak tidak menggelabah disebabkan assingment ini tapi dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapa jadi macam ni ye?

Jom kita berbalik semula kepada niat atau tujuan membuat assignment ni. Saya baru menyedari rupanya niat saya telah tersasar. Sepatutnya diniatkan untuk mendapatkan keredhaanNya. Barulah setiap perbuatan itu menjadi satu ibadat. Tapi tidak kali ini untuk saya. Saya niatkan untuk buat yang terbaik untuk dapat markah yang baik. Kemudian setelah membaca sebuah blog yang menulis mengenai konsep tawakal ini barulah saya tersedar sudah jauh saya tersasar rupanya. Korang jangan jadi macam tu ye. Niat sepatutnya kerana Allah. Tapi ingin saya tegaskan di sini, tawakal tanpa usaha tak menjadi apa-apa. Usaha dan barulah bertawakal itulah konsep yang betul.

Rupa-rupanya dah banyak kali Allah datangkan kejadian yang nak suruh saya sedar akan kesilapan diri. Sewaktu dalam tutor math tadi, baru tersedar yang ada soalan assignment math yang saya tersilap buat. Salah faham ngan cara kiraan tu. Kemudian rasa susah hati sebab terfikirkan markah yang rendah nanti dan kemudian mengeluh. Sebenarnya kenapa nak mengeluh? kan dah usaha dan mesti ada hikmah kenapa ianya terjadi. Itu mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan rajin bertanya kepada orang lain agar tak tersilap faham lagi.

Semua keputusan dah Allah tetapkan cuma ia terserah atas kita untuk mengubahnya iaitu melalui usaha kita. Teringat ayat yang mengatakan "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya". Begitu juga dengan kita. Kalau inginkan result yang baik, usahalah yang sepatutnya. Ini pula usaha sedikit tapi mengharapkan hasil yang baik. Nauzubillah..Mengarut pulak dah rasanya ni. Tapi sebetulnya saya sangat kagum dengan orang yang tahap tawakalnya pada Allah sangat tinggi. Dan hasilnya, hatinya tenang serta menunjukkan betapa tinggi pengantungan dirinya pada Yang Maha Penentu Segalanya.

Jom kita sama-sama mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik. Sempena Ramadhan yang tak lama lagi bertandang ni., saya nak mohon maaf atas segala silap dan salah. Semoga kita semua memasuki Ramadhan kali ni dengan hati yang bersih. Satu analogi yang menarik; ada satu jug air yang berisi air keruh. Kita ingin menjadikan air itu jernih. Cara mana yang lebih berkesan? 1) kita buang air keruh dan masukkan air yang jernih. 2) kita tambahkan sebanyak mungkin air yang jernih ke dalam air yang keruh itu. Kalau saya, saya akan pilih yang 1 kerana yang ke2 itu masih lagi akan meninggalkan sedikit kesan juga berbanding kalau dibuang yang keruh itu dan diletakkan semua yang jernih. Fikir-fikirkanlah..(p/s:faham tak ngan analogi tu??harap faham la ye...dah ngantuk sangat ni..dah zzzzzzzzzzz)

Wallahualam...

Monday, August 25, 2008

Kata-kata semangat dari sahabat

Assalamualaikum wbt...Ni nak share satu benda yang diberikan kepada ana oleh seorang sahabat di Plymouth, Uk. Jazakillah ukhti Nabilah untuk kata-kata semangat itu. Memang Allah telah menghantar anti untuk menaikkan semangat ana yang kian lama kian luntur ni. Memang tepat pada masanya.


Ini keputusan KAMU

UMAT terpilih
antara ribuan manusia
jangan lalai
jangan lupa
Bermula dengan lafaz
bismIllah
Terangi hidup
dengan cahaya hidayah-Nya

KEEP ON GOING.

Orang berjuang
Orang bermujahadah
Semuanya diuji
dengan nafsu
dengan harta
dengan cinta(al-Wahn)
dengan pujian
dengan harta
dengan hiburan
dengan kesedihan
Mungkin terjatuh
Mungkin tersungkur

NEVER GIVE UP

Terus bangkit
Terus berdiri
Terus berjalan
Terus berlari
Ke arah KEBENARAN
Jalan yang LURUS
Jalan yang BENAR
setiap udara yg kita hirup
setiap denyutan nadi
setiap degupan jantung
setiap titis darah yang mengalir

ALLAH IS ALWAYS WITH US

YOU are NOT alone

Wallahu'alam.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


Inilah yang diperlukan dalam perjuangan kita menegakkan agama ini. Pendorong dan perangsang dari sahabat-sahabat. InsyaAllah doakan ana juga mampu menjadi sahabat yang mampu juga untuk menjadi pendorong untuk sahabat-sahabat yang lain..InsyaAllah..

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang bersusun kukuh" (As-Soff:4)



Wallahualam

Friday, August 22, 2008

Renungan..

Assalamualaikum wbt.. Sedikit kata-kata untuk renungan bersama. Sama-sama kita memuhasabah diri..InsyaAllah...

Rasulullah SAW bersabda:
"Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya tidak akan ditulis sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya. dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya"
-(Hadis Riwayat At-Tirmizi)-





Tuesday, August 19, 2008

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan


Assalamualaikum wbt..Ramadhan semakin menghampiri..Mesti semua orang dah tak sabar untuk menyambut bulan yang mulia ini. Ada satu slogan yang saya amat tertarik iaitu "Ramadhan is coming and somebody is leaving"..Dapat agak tak who is that somebody? Yup that's right it is "SYAITAN"..So sekarang ni, syaitan dah takde. KIta hanya perlu bermujahadah li nafsih(melawan nafsu)..Kalau masih ada lagi perkara yang tak elok kita buat tu, maknanya something is wrong in ourselves..sebab dulu bolehlah salahkan syaitan kan..tapi sekarang tinggal diri kita sendiri je..Gunakan peluang ini sebaik mungkin.

Satu pertanyaan untuk semua..Dah ada resolution untuk this year punya Ramadhan belum??kalau takde, jom kita ramai-ramai buat..Biarlah ada target untuk Ramadhan kali ni..Ada orang berniat untuk mengkhatamkan Quran, menambahkan amal ibadat, memperbaiki puasa dan sebagainya. Alhamdulillah dan bagi yang belum terfikir tu, cepat-cepat fikir sebab bila kita ada matlamat barulah kita berusaha untuk ke arahnya..Jika tidak bermatlamat, tentu kita pun tak tau apa yang kita kejarkan sebenarnya.

Ramadhan....

1) Bulan ketakwaan
-"Hai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagai diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kau bertakwa" (Al-Baqarah:183)

2) Bulan Al-Quran
-"Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan)Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda(antara ha dan batil)" (Al-Baqarah:185)

- JIbril turun pada bulan Ramadhan untuk menyemak bacaan Rasulullah SAW dari awal surah sampai habis. Rasulullah akan khatam Al-Quran bersama Jibril dan sebab itulah kita disunatkan untuk khatam Quran pada bulan Ramadhan. InsyaAllah boleh sama-sama berusaha.

3) Bulan Maghfirah(keampunan)
-"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari)

4) Bulan Puasa
-"Betapa banyak orang yang berpuasa tapi tidak mendapatkan pahalanya, melainkan hanya lapar dan haus saja" (HR Ahmad dan Hakim dan Abu Hurairah)

Dibukakan pintu Ar-Royyan( pintu syurga)
-Dari Sahl bin Sa'ad r.a dari Nabi SAW sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Royyan-artinya:Puasa dan kenyang minum. Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa besok pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu yang dapat masuk dari pintu itu.

Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang berluasa?" Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorang pun yang dapat masuk dari pintu Royyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah masuk seluruhnya, lalu pintu itu pun ditutuplah, jadi tidak seorang pun lagi yang memasukinya"(Muttafaq 'Alaih)

Akhirul kalam, ada satu doa yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. InsyaAllah kita boleh sama-sama mengamalkannya:

"Allahumma bariklana fi Rajab wa Syaaban wa balighna Ramadhan"-Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan" (HR At-Tirmidzi dan Ad-Darimi)

Wallahualam...

Sunday, August 17, 2008

Hitam @ Putih??keliru

Assalamualaikum wbt...Tetiba dapat ilham nak letak lagu ni..





Keliru engkau keliru
Memilih warna hidupmu
Keliru engkau keliru
Yang putih atau yang kelabu

Keliru engkau keliru
Memilih arah langkahmu
Keliru engkau keliru
Ke barat atau ke timur

Hanyalah engkau yang tahu
Pilih warna hidupmu
Yang putih tandanya bersih
Itu yang harus kau pilih

Berhati-hati melangkah
Menuju ke suatu arah
Kelak kau akan menyesal

Janganlah engkau keliru
Memilih Tuhan yang satu
Dialah arah tujumu
Yang mewarnakan hidupmu

Ramai yang keliru, ramai yang ragu untuk memilih yang putih itu.Terbaca daripada satu blog sahabatku, mana satu harus dipilih; yang hitam atau yang putih..Hitam itu mudah tapi kosong dan putih itu tenang tapi payah(Farizah,2008). Apabila terbaca entry yang itu, mengingatkan aku pada kenangan dulu. Memang payah untuk memilih yang putih itu. Banyak yang harus ku korbankan..banyak yang harus ku tinggalkan..apa kata teman-teman rapatku?..apa kata orang di sekeliling ku?.."wah dah jadi baik sekarang ye!".."dah jadi malaikat ke?"..salah kah aku mencuri peluang yang datang padaku yang memberi kekuatan padaku untuk memilih yang putih itu..kenapa yang hitam itu juga tampak baik pada mata sang manusia??aku keliru..sangat keliru..Tapi..hidayah yang datang dalam pelbagai bentuk mungkin hanya sekali dalam hidupku..(seperti teguran dari sahabat-sahabat, ajakan sahabat-sahabat ke majlis-majlis ilmu, majlis-majlis ilmu yang sering diadakan, qudwah hasanah atau contoh teladan akhlak yang baik dari sahabat-sahabat dan paling utama dibukakan hati olehNya untuk melangkah meninggalkan yang hitam itu) ..mungkin aku tidak akan ketemuinya lagi..Kalau terus ditutupkan pintu itu bagaimana?Rugilah aku kalau aku tidak merebutnya sekarang..

Payah, susah, perit..Ingatlah Allah tidak akan membebankan dirimu dengan ujian yang tak mampu kau tanggung..Dan juga secebis kesakitan itu hatta tercucuk duri sekalipun adalah untuk menghapus dosa-dosa kecilmu..Kuatkan hati..Tabahkan diri..Engkau mampu..Rasailah kemanisan itu..percayalah padaku..Biarkan bayangan hitam itu berlalu..cucuri dengan sinaran putih itu..Kau mampu, aku yakin kerana sesuatu yang indah itu pasti payah untuk didapati..Harganya terlalu mahal..Dia itu Maha Pengampun..Maha Penyayang...sedarlah diri..jangan sampai nyawamu sampai di halkum baru engkau mahu mencari kembali yang putih itu..ketika itu sudah tidak berguna lagi..Mohon kekuatan dariNya, doa itu senjata bagi setiap muslim..percayalah wahai diri..InsyaAllah..

"Wahai Tuhanku yang Esa bila kenangkan qoharmu, rasa gerun di hatiku kerana takutkan siksamu. Hambamu rasa berputus asa. Siapakah dapat bersihkn diri dari segala dosa-dosa yang memburu. Setiap hari setiap ketika. Tika kenangkan ghaffarmu, putus asa tiada lagi ,semangat pulih semula. Harapanku subur kembali. Ujian menimpa menekan dijiwa, tak sanggup meneruskan perjuanganku. Mehnahmu itu penghapus dosaku mengganti hukuman Mu di akhirat. Di waktu kenangkan rahmatMu terasa diri kurang bersyukur. Padamu harus ku bermohon, moga syukurku bertambah. Alangkah susahnya mendidik nafsuku yang tidak dapat melihat kebenaranmu. Bantulah hambamu dalam mendidik jiwaku ini."-Harapanku padaMu subur kembali (Saujana)-

Wallahu'alam.

Monday, August 11, 2008

The necessity of Al-Fatihah and it's Excellence

Assalamualaikum wbt...kenapa la malas sangat malam ni nih..mesti sebab makan banyak nih..perut dah kenyang so otak pun jem..Syaitan pun ambillah peluang untuk menggoda anak adam yang sorang nih untuk bermalas-malasan sedangkan assignment ada je yang patut disiapkan..Patutla pun berkata ulama' dengan mengurangkan makan akan dapat islah(ubah) hati seseorang..istighfar banyak-banyak...alih-alih saya end up dengan menulis sesuatu kat blog ni..Iye la daripada saya membuang masa membuat benda lain, baik saya share apa-apa yang boleh dishare kat sini..lepas ni boleh sambung buat assigment...sekarang ni nak share pasal kehebatan surah Al-Fatihah sebenarnya..Baru je belajar pasal surah ni hari Ahad lepas(semalam).

Surah Al-Fatihah adalah surah yang paling dekat dengan manusia..Kenapa??kerana inilah surah yang paling kerap kali dibaca oleh orang-orang yang mendirikan solat. Tetapi, dalam ramai-ramai orang yang solat??berapa kerat yang faham akan terjemahannya dan antara yang faham itu pulak, berapa ramai yang menghayatinya..(things that we need to ponder la ni)..

Surah Al-Fatihah merupakan pembuka kepada Al-Quran dan kunci kepada Al-Quran.

Kata Ibnu Qayyim:
"Allah merumuskan kitab-kitab yang terdahulu di dalam Al-Quran. Dan surah Al-Fatihah merumuskan isi-isi Al-Quran. Manakala isi surah Al-Fatihah pula dirumuskan dalam ayat ke 5 surah tersebut"

Korang tahu tak yang Allah sebenarnya menjawab selepas setiap ayat dalam surah Al-Fatihah yang kita bacakan. Bak kata kak Aidah, sangat sweet la sebenarnya sebab bayangkan kita macam berinteraksi dengan Allah iaitu pencipta kita sendiri. Sebab tu la kita kalau boleh, cuba faham makna ayat-ayat tu. Mesti lagi best dan salah satu rahsia untuk khusyuk dalam solat pun adalah dengan memahami makna-makna bacaan dalam solat itu. (Korang teruja tak dengan ayat-ayat saya tu??macam tak je..ayat kurang power sketla..takpe-takpe nanti saya usahakan lagi so that membuak-buak keinginan korang nak ingat makna-makna dalam solat tu.

Allah the Blessed and Exalted has said: "I have divided the prayer*(*prayer refers to = i.e. surah al-Fatihah. It is an example of the wording including the whole prayer but intending only a part, as a way of emphasis on that part) between Myself and My servant, into twohalves: half of it is for Me and half of it is for My servant, and My servant shall have what he has asked for"

Then the Messenger of Allah (SAW) said:Recite!

The servant says: -(ayat 2 surah Fatihah)-"Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam"

Allah the Exalted says: "My servant has praised me"

The servant says: -(ayat 3 surah Fatihah)- "Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Allah says: "My servants has extolled Me"

The servant says: -(ayat 4 surah Fatihah)- "Pemilik hari pembalasan"

Allah the Exalted says: "My servant has glorified Me"

The servant says: -(ayat 5 surah Fatihah)- "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"

He says: "This is between Me and My servant, and My servant shall have what he asked for"

The servant says: -(ayat 6 dan 7)- "Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat"

He says: "All these are for My servant, and My servant shall have what he asked for"

[Muslim, Abu 'Awaanah & Malik, and Sahmi has a suporting hadeeth of Jabir in Tarareekh Jurjaan(144)]

Ok tak bila baca hadis kat atas??Pening sket kan??Saya pun pening jugak sebab sumber rujukan dalam English..Then saya tak berani nak translatekan takut salah..So tu je la yang mampu dibuat..Harap-harap membantu la ye..Sekadar itu dulu yang termampu..dah lewat ni kene tidur dulu sebab esok ada 2 hours lecture and one tutorial..kan tak pasal-pasal ada yang terangguk lebih esok...Segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk itu datang dari diri saya sendiri hakikatnya semuanya datang dariNya..

p/s: sila la ambil iktibar, amal dan sampaikan (ayat ni lagi-ayat skema kat skolah dulu)..dan kalau ada silap tolong tegur untuk diperbetulkan..maklumlah budak baru belajar..



rujukan: The prophet's prayer SAW described from the beginning to the end as though you see it (sifat solatunnabi) by Sheikh Muhammad Naasir-ud-Deen Al-Abaani..Translated by Usama ibn Suhaib Hasan.

Wallahualam...

Wednesday, August 6, 2008

Finally numbers..

Assalamualaikum wbt..Thanks to Allah for giving me the chance to continue my life in this world. Today, my first lecture for mathematics..and I was so excited as it had been 3 years or more I hadnt see any numbers in my course.huhu..actually what do you expect of an english teacher's course..only essays and words and so forth..It is not that I hate all those things but I really want to do something else..I had dropped a linguistics subject, (writing) and I took MATH106. It was actually quite hard to change the subject at first because I didnt have enough courage to change it as my friends didnt. 'Dare to be different' that was the phrase which came to my mind last night. Then alhamdulillah my plan was approved by my coordinator, Pamela..Then when I told a few of my friends about it, two of them agreed to change it. So they had strengthened my will. Millions thanks to Diana and Farizah. Really appreciate it...So, today I didnt know why but I had a strange feeling inside me..and you know what, there was suddenly a drum roll in my heart when I entered the lecture hall. and then there went the numbers thinging..Ohh..I really love maths..huhu...but don't misunderstood me ok!! I still love english very much..

When I read the description for this course, it was written suitable for primary English teacher. Then when I had a look at the tutorials questions and after my first experience today, it was not like the primary syllabus. It was quite the same as our lower form secondary school syllabus. I learned how to derive the formulas from the problems that the lecturer asked us to solve. Back in Malaysia, we were given the formulas and just answer the questions. but it really different in here..there..I hope you can see the excitement in me..huhu..I also hope it lasts..not only for this time..

I still remembered that how hard it was to take this decision..Until up to the point that I went to ask for my seniors (Kak Amrien , Kak Syal), housemates (Kak Mard, Kak Ya, Miza) and other friends' advices. Thanks a lot to all of you..Only Allah can repay you...One of my friends from Melbourne, AIsya was so supportive and she came to me at the right moment..as if Allah helped me by sending her to me. It was not that she came to Macquarie but she rang me and I received a lot of advices from her. She asked me to open the Quran and searched for Surah Al-Baqarah, verse 216.

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, tetapi itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Then, once again I was panicked (actually not that panick la..just exaggerate)..This verse really made me thinking very deeply (wah fikir untuk tukar subjek mcm fikir nak kawen plak-complicated)..Iye la manela tahu kan mungkin walaupun saya sangat excited untuk tukar but it is not good for me..After that, I called my mum and asked her about this thing..and well there it goes...I changed the subject...But I promised myself that what ever consequences or ujian that come after this, I will face it with Allah's help. I also need my friends' supports and I know they will because I knew them(pening pulak ayat ni)...


Lastly, I pray to Allah to give me the strength to continue this semester and score good results..I want to be a good individu muslim which can balance between my study and agama..and I also need your doa...insyaAllah..

Wallahualam...

Sunday, August 3, 2008

Realiti ummat Islam

Inilah syabab-syabab (pemuda-pemuda) yang akan bangun menegakkan Islam..haiyah..masuk kalau berani!!!

Assalamualaikum wbt..Sykur padaNya kerana saya telah berpeluag mengikuti satu program yang dianjurkan di Redfern Community Centre pada 2hb 8 yang lalu. Banyak ilmu yang dapat dikutip dan saya rasa agak rugi jika tidak berkongsi ilmu yang saya perolehi itu. Sebagai pembuka bicara jom kita menyoroti kisah-kisah sirah atau sejarah Islam yang pernah menjadi empayar yang paling gemilang di mana hanya tamadun Islam lah yang berjaya bertahan selama 1000 tahun. Jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain, contohnya tamadun Rom, mereka hanya mampu bertahan selama 100 tahun. Kenapa tamadun Islam sangat kuat bertahan? Ini kerana ummat pada masa itu sangat berpegang teguh dengan Quran dan sunnah dan itulah yang menjadi sumber kekuatan mereka. Walaubagaimanapun zaman kegemilangan Islam yang bermula dari dakwah Rasulullah di kota Mekah itu, berakhir pada 3 March 1924 dengan kejatuhan empayar Khalifah Turki Uthmaniyah. Selain itu, pada zaman Abbasiyah juga empayar khalifah pernah jatuh akibat daripada serangan tentera tartar(Monggol). Kemudian dipulihkan sehingga naik kembali dan jatuh kembali pada zaman Uthmaniyah tersebut.

Adakah akan kembali tertegak daulah khilafah itu? InsyaAllah saya yakin kita akan mencapai tahap itu tetapi bukan hanya dengan berdoa semata-mata tetapi kita sendiri perlu berusaha menggapainya. Pernah dengar hadis Rasulullah bahawa jika tiada
khalifah dalam masa 3 hari, jatuh hukumnya berdosa. Cuba fikirkan sejak dari 1924 hingga 2008 ini, sudah berapa puluh tahun kita tidak mempunyai khalifah? Adakah kita semua berdosa? Wallahualam tetapi insyaAllah kalau kita berusaha ke arah untuk menegakkan kembali daulah khilafah itu, kita terlepas dari itu.Jom kita singkap kembali zaman kegemilangan Islam;

1) Empayar Umawiyah memiliki armada tentera laut yang terhebat di dunia.


2) Zaman Abbasiyah yang melahirkan golongan saintis-saintis terhebat mengalahkan Eropah yang pada ketika itu masih dalam zaman gelap.

3) Zaman Uthmaniyah yang berjaya menguasai 2/3 dunia..(Afrika, 1/3 Eropah dan sebahagian besar Afrika)

4) Khilafah ibarat payung bagi umat Islam ketika itu.



Telah dihighlightkan oleh imam Hassan AlBanna iaitu 7 tangga untuk kita ummat Islam mencapai daulah khilafah itu. Individu Muslim - Baitul Muslim - Masyarak
at Muslim - Negara Muslim - Uztaziatul alam (tamadun Islam) - Khalifah. Rasanya rata-rata antara kita semua ini berada pada peringkat paling bawha iaitu individu muslim. Jadi, marilah kita berusaha menjadi individu muslim dengan meningkatkan ilmu di dada bukan hanya ilmu sihir (dunia) tetapi juga ilmu rahib( ilmu akhirat) atau antara ijazah dan risalah (dakwah). Balancekan antara kedua-duanya barulah individu muslim yang hebat akan dilahirkan. Ini nasihat untuk diri saya terutamanya dan juga anda semua..Tapi semuanya ini bermula dengan TARBIAH...

Tarbiyah bukanlah segalanya tetapi segalanya tidak berguna tanpa tarbiah.

Apa tarbiah ni? Tarbiah adalah segala usaha yang dilakuan untuk membawa manusia ke arah mengabdikan diri kepada Allah dan kefahaman yang sebenar berte
ptan dengan Quran dan Sunnah. Kenapa ummat Islam sekarang perlukan tarbiyah? Ini kerana keadaan ummat yang sangat tenat. Cuba bandingkan zaman jahiliyyah dahulu yang mana mereka menyembah berhala dan setelah kedatangan Islam ada yang berubah dengan zaman jahiliyyah sekarang yang mengaku muslim tapi langsung tidak mencerminkan peribadi seorang muslim itu. Apa realiti cabaran sekarang yang melanda ummat Islam?


1) Serangan pemikiran
-Kerosakan akhlak di kalangan masyarakat, kehancuran pemikiran yang langsung sudah terpedaya dengan barat. Selain itu, peleburan keperibadian ummat Islam yang tidak melambangkan diri seorang muslim. Di mana pemuda yang berperibadikan Usamah bin Zaid yang mengetuai angkatan perang pada usia 18 tahun? mana pemuda yang berperibadikan Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Konstantinople pada usia 24 tahun? Mereka inilah pemuda-pemuda yang perlu kita contohi.Bangunlah pemuda-pemuda..Islam sangat tenat dan memerlukan kamu.

"Mudah untuk menjatuhkan ummat Islam ini kerana kita tidak perlu mengkristiankan umat Islam tetapi cukup dengan membuatkan mereka jauh dari Quran dan tidak mencintai Allah serta hanyut dengan dunia"-kata-kata Zwemer di dalam muktamar pendakwah Kristian di Quds-

2) Keruntuhan akhlak wanita
Satu formula yang paling mudah untuk menjatuhkan mana-mana ummat di dunia ini. "Apabila rosaknya wanita maka rosaklah masyarakat keseluruhannya"..Dan tidak lupa kata-kata dari Mustafa As-Sibaei: "3 perkara yang akan menghancurkan ummat yang paling kuat: zalimnya pemimpin, berpecahnya rakyat dan rosaknya wanita"..Selain itu, ini kata-kat dari musuh kita Yahudi: "Gelas-gelas arak dan penyanyi-penyanyi wanita memiliki kemampuan untuk menghancurkan ummat Muhammad lebih daripada kemampuan yang dimilki oleh 1000 meriam. Maka hendaklah kamu menenggelamkan mereka dalam keghairahan dan syahwat".. Wanita sangat penting dalam sesebuah masyrakat kerana wanita itu ibarat madrasah atau lebih specific seorang ibu itu ibarat madrasah. cuba bayangkan anak yang lahir dari asuhan seorang ibu yang berpegang teguh pada agama dan anak daripada seorang ibu yang turut hanyut dalam keduniaan dan langsung tidak mempedulikan agama. Berbeza bukan??fikir-fikir kanlah..

3) Lunturnya pegangan agama
-"memegang Islam seperti menggenggam bara api"- asingnya Islam itu sekarang di mana penganutnya sendiri kadang-kadang malu untuk mengatakan dirinya Islam. Kadang-kadang menjadi bangga dengan mengatakan 'I'm a muslim but I don't practice"..Nauzubillah..kenaoa sampai macam ni. Cuba fikirkan nasib saudara-saudara kita yang diperangi sana tidak sedihkah anda melihat? walau tidak ke Palestin untuk berperang tapi cukuplah dengan keperihatinan kita dan usaha kita untuk menegakkan Islam itu kembali. "sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara"

4) Media massa

5) Syaitan dan hawa nafsu
-Kuatkan iman agar semua godaan dari syaitan dan nafsu itu dapat kita lawan-

Akhirul kalam, perlunya tarbiyah islamiyah atau didikan islam itu bagi semua ummat Islam agar tertegak kembali Islam yang sering diinjak-injak itu.

"Negara Islam Madinah tidak akn tertegak kukuh kalau bukan kerana TARBIYAH. Kegemilangan Badar tidak akan datang bergolek kalau bukan kerana TARBIYAH. Keutuhan daulah selepas wafat nabi tidak akan berlaku kalaulah bukan kerana adanya golongan al-awa'iel yang diTARBIYAH. Malah kelangsungan daulah di kala khilafah Islam lemah juga adalh kerana wujudnya SYABAB-SYABAB (PEMUDA) yang diTARBIYAH oleh para ulama' a'milin sehingga mereka sedia mempertahankan Islam"



"Kamu ummat Islam adalh umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah iru lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang-orang fasik" (Ali-Imran: 110)

Wallahualam...