Inilah syabab-syabab (pemuda-pemuda) yang akan bangun menegakkan Islam..haiyah..masuk kalau berani!!!
Assalamualaikum wbt..Sykur padaNya kerana saya telah berpeluag mengikuti satu program yang dianjurkan di Redfern Community Centre pada 2hb 8 yang lalu. Banyak ilmu yang dapat dikutip dan saya rasa agak rugi jika tidak berkongsi ilmu yang saya perolehi itu. Sebagai pembuka bicara jom kita menyoroti kisah-kisah sirah atau sejarah Islam yang pernah menjadi empayar yang paling gemilang di mana hanya tamadun Islam lah yang berjaya bertahan selama 1000 tahun. Jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain, contohnya tamadun Rom, mereka hanya mampu bertahan selama 100 tahun. Kenapa tamadun Islam sangat kuat bertahan? Ini kerana ummat pada masa itu sangat berpegang teguh dengan Quran dan sunnah dan itulah yang menjadi sumber kekuatan mereka. Walaubagaimanapun zaman kegemilangan Islam yang bermula dari dakwah Rasulullah di kota Mekah itu, berakhir pada 3 March 1924 dengan kejatuhan empayar Khalifah Turki Uthmaniyah. Selain itu, pada zaman Abbasiyah juga empayar khalifah pernah jatuh akibat daripada serangan tentera tartar(Monggol). Kemudian dipulihkan sehingga naik kembali dan jatuh kembali pada zaman Uthmaniyah tersebut.
Adakah akan kembali tertegak daulah khilafah itu? InsyaAllah saya yakin kita akan mencapai tahap itu tetapi bukan hanya dengan berdoa semata-mata tetapi kita sendiri perlu berusaha menggapainya. Pernah dengar hadis Rasulullah bahawa jika tiada khalifah dalam masa 3 hari, jatuh hukumnya berdosa. Cuba fikirkan sejak dari 1924 hingga 2008 ini, sudah berapa puluh tahun kita tidak mempunyai khalifah? Adakah kita semua berdosa? Wallahualam tetapi insyaAllah kalau kita berusaha ke arah untuk menegakkan kembali daulah khilafah itu, kita terlepas dari itu.Jom kita singkap kembali zaman kegemilangan Islam;
1) Empayar Umawiyah memiliki armada tentera laut yang terhebat di dunia.
2) Zaman Abbasiyah yang melahirkan golongan saintis-saintis terhebat mengalahkan Eropah yang pada ketika itu masih dalam zaman gelap.
3) Zaman Uthmaniyah yang berjaya menguasai 2/3 dunia..(Afrika, 1/3 Eropah dan sebahagian besar Afrika)
4) Khilafah ibarat payung bagi umat Islam ketika itu.
Telah dihighlightkan oleh imam Hassan AlBanna iaitu 7 tangga untuk kita ummat Islam mencapai daulah khilafah itu. Individu Muslim - Baitul Muslim - Masyarakat Muslim - Negara Muslim - Uztaziatul alam (tamadun Islam) - Khalifah. Rasanya rata-rata antara kita semua ini berada pada peringkat paling bawha iaitu individu muslim. Jadi, marilah kita berusaha menjadi individu muslim dengan meningkatkan ilmu di dada bukan hanya ilmu sihir (dunia) tetapi juga ilmu rahib( ilmu akhirat) atau antara ijazah dan risalah (dakwah). Balancekan antara kedua-duanya barulah individu muslim yang hebat akan dilahirkan. Ini nasihat untuk diri saya terutamanya dan juga anda semua..Tapi semuanya ini bermula dengan TARBIAH...

Tarbiyah bukanlah segalanya tetapi segalanya tidak berguna tanpa tarbiah.
Apa tarbiah ni? Tarbiah adalah segala usaha yang dilakuan untuk membawa manusia ke arah mengabdikan diri kepada Allah dan kefahaman yang sebenar berteptan dengan Quran dan Sunnah. Kenapa ummat Islam sekarang perlukan tarbiyah? Ini kerana keadaan ummat yang sangat tenat. Cuba bandingkan zaman jahiliyyah dahulu yang mana mereka menyembah berhala dan setelah kedatangan Islam ada yang berubah dengan zaman jahiliyyah sekarang yang mengaku muslim tapi langsung tidak mencerminkan peribadi seorang muslim itu. Apa realiti cabaran sekarang yang melanda ummat Islam?
1) Serangan pemikiran
-Kerosakan akhlak di kalangan masyarakat, kehancuran pemikiran yang langsung sudah terpedaya dengan barat. Selain itu, peleburan keperibadian ummat Islam yang tidak melambangkan diri seorang muslim. Di mana pemuda yang berperibadikan Usamah bin Zaid yang mengetuai angkatan perang pada usia 18 tahun? mana pemuda yang berperibadikan Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Konstantinople pada usia 24 tahun? Mereka inilah pemuda-pemuda yang perlu kita contohi.Bangunlah pemuda-pemuda..Islam sangat tenat dan memerlukan kamu.
"Mudah untuk menjatuhkan ummat Islam ini kerana kita tidak perlu mengkristiankan umat Islam tetapi cukup dengan membuatkan mereka jauh dari Quran dan tidak mencintai Allah serta hanyut dengan dunia"-kata-kata Zwemer di dalam muktamar pendakwah Kristian di Quds-
2) Keruntuhan akhlak wanita
Satu formula yang paling mudah untuk menjatuhkan mana-mana ummat di dunia ini. "Apabila rosaknya wanita maka rosaklah masyarakat keseluruhannya"..Dan tidak lupa kata-kata dari Mustafa As-Sibaei: "3 perkara yang akan menghancurkan ummat yang paling kuat: zalimnya pemimpin, berpecahnya rakyat dan rosaknya wanita"..Selain itu, ini kata-kat dari musuh kita Yahudi: "Gelas-gelas arak dan penyanyi-penyanyi wanita memiliki kemampuan untuk menghancurkan ummat Muhammad lebih daripada kemampuan yang dimilki oleh 1000 meriam. Maka hendaklah kamu menenggelamkan mereka dalam keghairahan dan syahwat".. Wanita sangat penting dalam sesebuah masyrakat kerana wanita itu ibarat madrasah atau lebih specific seorang ibu itu ibarat madrasah. cuba bayangkan anak yang lahir dari asuhan seorang ibu yang berpegang teguh pada agama dan anak daripada seorang ibu yang turut hanyut dalam keduniaan dan langsung tidak mempedulikan agama. Berbeza bukan??fikir-fikir kanlah..
3) Lunturnya pegangan agama
-"memegang Islam seperti menggenggam bara api"- asingnya Islam itu sekarang di mana penganutnya sendiri kadang-kadang malu untuk mengatakan dirinya Islam. Kadang-kadang menjadi bangga dengan mengatakan 'I'm a muslim but I don't practice"..Nauzubillah..kenaoa sampai macam ni. Cuba fikirkan nasib saudara-saudara kita yang diperangi sana tidak sedihkah anda melihat? walau tidak ke Palestin untuk berperang tapi cukuplah dengan keperihatinan kita dan usaha kita untuk menegakkan Islam itu kembali. "sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara"
4) Media massa
5) Syaitan dan hawa nafsu

-Kuatkan iman agar semua godaan dari syaitan dan nafsu itu dapat kita lawan-
Akhirul kalam, perlunya tarbiyah islamiyah atau didikan islam itu bagi semua ummat Islam agar tertegak kembali Islam yang sering diinjak-injak itu.

"Negara Islam Madinah tidak akn tertegak kukuh kalau bukan kerana TARBIYAH. Kegemilangan Badar tidak akan datang bergolek kalau bukan kerana TARBIYAH. Keutuhan daulah selepas wafat nabi tidak akan berlaku kalaulah bukan kerana adanya golongan al-awa'iel yang diTARBIYAH. Malah kelangsungan daulah di kala khilafah Islam lemah juga adalh kerana wujudnya SYABAB-SYABAB (PEMUDA) yang diTARBIYAH oleh para ulama' a'milin sehingga mereka sedia mempertahankan Islam"
"Kamu ummat Islam adalh umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah iru lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakkan mereka adalah orang-orang fasik" (Ali-Imran: 110)
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment