Wednesday, August 27, 2008

Sharing-sharing

Assalamualaikum wbt..dah lewat sebenarnya ni.Sepatutnya saya dah melelapkan mata pada waktu sekarang. Memang dah terbiasa kat sini untuk tidur awal. Tapi malam ni disebabkan satu assignment yang saya rasakan agak sukar dan memerlukan pembacaan banyak menyebabkan saya masih lagi bersengkang mata untuk menulis yang terbaik. Mungkin sudah siap tapi masih dirasakan ada yang perlu diubah. Syukur alhamdulillah pada Allah SWT yang memberikan kekuatan pada diri ini untuk melalui ujian ini. Bagi saya assignment juga merupakan satu ujian dan tarbiyah(didikan) dari Dia. Banyak yang teruji seperti kesabaran, kerajinan dan sebagainya. Satu permata yang saya baru kesani kehilangannya telah saya jumpai pada malam ini. Tiada satu kata-kata pun selain hamdalah yang mampu saya ucapkan pada Allah SWT kerana memberi petunjuk pada saya untuk akhirnya menyedari kelalaian diri. Permata yang saya maksudkan itu adalah TAWAKAL..Mungkin kalau dilihat dari segi luaran saya nampak tidak menggelabah disebabkan assingment ini tapi dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapa jadi macam ni ye?

Jom kita berbalik semula kepada niat atau tujuan membuat assignment ni. Saya baru menyedari rupanya niat saya telah tersasar. Sepatutnya diniatkan untuk mendapatkan keredhaanNya. Barulah setiap perbuatan itu menjadi satu ibadat. Tapi tidak kali ini untuk saya. Saya niatkan untuk buat yang terbaik untuk dapat markah yang baik. Kemudian setelah membaca sebuah blog yang menulis mengenai konsep tawakal ini barulah saya tersedar sudah jauh saya tersasar rupanya. Korang jangan jadi macam tu ye. Niat sepatutnya kerana Allah. Tapi ingin saya tegaskan di sini, tawakal tanpa usaha tak menjadi apa-apa. Usaha dan barulah bertawakal itulah konsep yang betul.

Rupa-rupanya dah banyak kali Allah datangkan kejadian yang nak suruh saya sedar akan kesilapan diri. Sewaktu dalam tutor math tadi, baru tersedar yang ada soalan assignment math yang saya tersilap buat. Salah faham ngan cara kiraan tu. Kemudian rasa susah hati sebab terfikirkan markah yang rendah nanti dan kemudian mengeluh. Sebenarnya kenapa nak mengeluh? kan dah usaha dan mesti ada hikmah kenapa ianya terjadi. Itu mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan rajin bertanya kepada orang lain agar tak tersilap faham lagi.

Semua keputusan dah Allah tetapkan cuma ia terserah atas kita untuk mengubahnya iaitu melalui usaha kita. Teringat ayat yang mengatakan "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya". Begitu juga dengan kita. Kalau inginkan result yang baik, usahalah yang sepatutnya. Ini pula usaha sedikit tapi mengharapkan hasil yang baik. Nauzubillah..Mengarut pulak dah rasanya ni. Tapi sebetulnya saya sangat kagum dengan orang yang tahap tawakalnya pada Allah sangat tinggi. Dan hasilnya, hatinya tenang serta menunjukkan betapa tinggi pengantungan dirinya pada Yang Maha Penentu Segalanya.

Jom kita sama-sama mengubah diri untuk menjadi yang lebih baik. Sempena Ramadhan yang tak lama lagi bertandang ni., saya nak mohon maaf atas segala silap dan salah. Semoga kita semua memasuki Ramadhan kali ni dengan hati yang bersih. Satu analogi yang menarik; ada satu jug air yang berisi air keruh. Kita ingin menjadikan air itu jernih. Cara mana yang lebih berkesan? 1) kita buang air keruh dan masukkan air yang jernih. 2) kita tambahkan sebanyak mungkin air yang jernih ke dalam air yang keruh itu. Kalau saya, saya akan pilih yang 1 kerana yang ke2 itu masih lagi akan meninggalkan sedikit kesan juga berbanding kalau dibuang yang keruh itu dan diletakkan semua yang jernih. Fikir-fikirkanlah..(p/s:faham tak ngan analogi tu??harap faham la ye...dah ngantuk sangat ni..dah zzzzzzzzzzz)

Wallahualam...

No comments: