“Ish..kenapa rasa tk sedap hati je ni? Bukan begini cara yang dianjurkan Islam.” Mira bermonolog sendirian. Sudah hampir sebulan Mira mengenali Amir. Dalam waktu tersebut jugalah Mira banyak berhubung melalui sms dengan Amir. Amir banyak menghantar msg berbentuk tazkirah dan sering mengejutkan Mira untuk qiam dan solat subuh. Mira merasa bahagia. Terkadang dia tersenyum sendirian kerana itulah yang Mira impikan selama ini. Hadirnya seseorang yang mampu mengingatkan dia pada penciptaNya yang Maha Esa. Mira dapat merasakan getaran hatinya apabila mengingati Amir walaupun Mira tidak mengetahui bagaimana perasaan Amir padanya. Namun begitu, hati kecilnya menentang hebat. Mungkin imannya yang bersuara pada waktu itu. ”Kenapa kau teruskan sesuatu seperti ini?”tanya hati kecil Mira. ”Eh, aku tak buat apa-apa. Apa salahnya..kami tidak berjmpa, berbual-bual melalui telefon. Kami hanya bermsg2. Itu pun mengenai sesuatu yang berfaedah. Kami jauh dari zina mata, telinga, tangan dan kaki.” Hati Mira berkata lagi: ”Kau terlupa satu perkara hai sahabatku. Kau terlupa yang kau sedang berzina melalui hatimu”. Mira teringat akan satu hadis Rasulullah SAW.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Allah telah menentukan bagi anak Adam bagiannya dari zina yang pasti dia lakukan. Zinanya mata adalah melihat [dengan syahwat], zinanya lidah adalah mengucapkan [dengan syahwat], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [pemenuhan nafsu syahwat]. …” (HR Bukhari & Muslim)
Mira terkedu buat seketika. ”Oh Tuhan..apa yang harus aku lakukan?”
”Ramadhan bermaksud pembakaran. Iaitu pembakaran dosa-dosa yang telah dilakukan. Pada bulan inilah rahmatNya melimpah ruah dan ia lebih baik daripada bulan-bulan yang lain. Oleh itu sahabat-sahabat yang aku sayangi, bersihkan hatimu. Buang segala titik-titik hitam agar kita memasuki Ramadhan dengan hati yang bersih iaitu hati yang bersedia untuk menerima nur hidayah dariNya. Elakkan segala maksiat. Ramadhan juga satu platform untuk kita mengenal cintaNya.” dengan tegas dan bersemangat Mariam, sahabat seusrah dengan Mira menghuraikan apa yang telah diperolehinya sewaktu mendengar ceramah mengenai Ramadhan di pusat matrikulasi UIA, PJ.
Hati Mira terus bergelojak hebat. Esok dah masuk 1 Ramadhan. Hati mesti dibersihkan. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini. ”Lin! Yan! Jomlah singgah bilik aku dulu.” Kita borak-borak sikit.” Setibanya dibilik Mira, dia menangis teresak-esak sambil bercerita mengenai masalah yang dihadapinya kepada 2 rakan karibnya itu. Rakan karibnya itu menenangkannya dan menyuruhnya berdoa pada Allah agar diilhamkanNya jalan penyelesaian. Allah SWT yang Maha Penyayang mendengar doa Mira. Dengan petunjukNya, Mira mendapat satu kekuatan untuk mengakhiri resah hatinya itu. Dengan dorongan 2 rakan karibnya itu, Mira menaip sebuah message ringkas kepada Amir.
Assalamualaikum wbt. Saya rasa kita perlu berhenti message bermula dari sekarang. La takrobu zina. Cara kita berhubung ni memang membuatkan kita mendekati zina. Saya ingin mengejar cintaNya. Maaf ini message terakhir saya. Sampai sini sahaja..Wassalam.
Hati Mira sangat lega selepas itu dan dia hanya berserah pada Allah akan jodohnya itu. Dia teringat akan prinsip yang dia, Lin dan Yan mahu berpegang teguh iaitu tiada hubungan yang dibenarkan dalam Islam antara lelaki dan perempuan melainkan hanya selepas perkahwinan. Tidak sampai seminggu pun Mira berpegang kepada prinsip itu dan dia diuji dengan itu. Syukur pada Allah kerana masih lagi mahu memberikan aku peluang untuk kembali kepada jalanNya. Aku ingin berubah. Aku mahu menjadi serikandi perjuangan dalam Islam dan menjadi qudwah hasanah kepada orang lain agar Islam kembali mekar. Mira teringat akan kata-kata dari Hassan Hudhoibi yang merupakan mursyidul am ikhwanul Muslimin yang kedua.
”Tegakkanlah Islam dalam dirimu nescaya ia akan tertegak di sekelilingmu”
”Aku berjanji Ya Allah akan kuserahkan seluruh hidupku ini untuk berada di jalanMu. Mungkin jalannya penuh onak berliku tapi kebahagiaan yang abadi adalah pasti” tekad Mira di dalam hatinya. Ramadhan kali itu menyaksikan seorang hamba yang ingin mencari sinar cinta Rabbnya. Kemanisan iman itu dirasainya dan seluruh kehidupannya diserahkan pada Yang Esa.
Ramadhan itu merupakan Ramadhan yang takkan dapat dilupakan oleh Mira. Ramadhan itulah yang menemukan dirinya dengan cinta yang menenangkan dan mendamaikan. Cinta yang tak mampu dicari dengan sesuatu yang lain. Hatinya begitu tenang. Lupa dirinya pada dunia. Dia mahu mengaut sebanyak mungkin pahala-pahala yang dijanjikan oleh RabbNya.
Ramadhan seterusnya menjelma lagi. Begitu girang hatinya untuk menyambut Ramadhan kali ini kerana pengalaman manis yang dialaminya pada Ramadhan lepas. Ramadhan itulah yang menjadi titik tolak kepada perubahan dirinya. Namun, syaitan yang telah berjanji pada Allah untuk menyesatkan umat manusia itu menjalankan tugasnya lagi. Beberapa hari sebelum Ramadhan itu, Mira berusaha membersihkan hatinya lagi. Pelbagai cara yang dilakukan tapi saat itu jugalah penangan Amir datang lagi. Teringat lagi rupanya dia pada Amir walaupun sudah langsung tidak berhubung. Semakin cuba diusirnya, semakin datang bayangan itu. Malam itu, teresak-esak Mira dihadapan RabbNya. Memohon belas agar diberikan kekuatan padanya menghindari semua itu.
Dengan namaMu kumulakan curahan hati ini
Kau yang menjadi sumber kekuatanku
Hati ini tidak mahu jauh dariMu
Kerana telah kutemui sinar itu
Dan kerana telah kurasai kemanisan itu
Ya Allah, aku mencintaiMu setulus hatiku
Aku berharap berkekalan cinta itu sampai akhir waktuku
Dalam munajatku, aku berdoa
Dalam doaku, aku tangiskan
Aku bimbang akan kemurkaanMu
Dan seandainya ada secebis cinta ini untuknya,
Biarkan ia bernafas dalam redhaMu
Biarkan ia menjadi pemangkin untukku mencintaiMu
Kurniakan aku insan yang membawa aku kepadaMu
Adakah dia yang sudah kutemui itu?
Jawapannya hanya padaMu
Alihkan perasaan ini padaMu
Hanya biarkan ia mengalir apabila dihalalkan olehMu
Cintaku padaMu, rinduku padaMu
Kuatkan aku Ya Allah, bimbing aku Ya Allah
Agar tidak kukesali di akhirat nanti.
The end....
Ramadhan membuka tirainya
Rebutlah peluang yang ada
Bermujahadahlah melawan nafsu kita
Bersihkan dulu diri dari segala debu-debu dosa
Melangkahlah memasuki bulan mulia ini dengan sebersih-bersih hati
Jangan disia-siakan tawaran yang berganda-ganda dariNya
Ingatlah selangkah kita mendekatiNya,
Seribu langkah Dia mendekati kita
Salam Ramadhan Kareem untuk semua
4 comments:
Assalamua'alaikum ukhti sayang..
tulisan yang bersahaja tetapi membekas!
kepada pencinta yang mengharap cinta si adam..
"adammu telah Allah tuliskan dalam kitab percintaan antara kalian berdua di lauh mahfuz, usah resah dan gelisah memburu cinta si adam. yakinlah dia akan Allah daftarkan sebagai sebaik-baik harta di dunia dan akhirat. dia akan Allah dampingkan untuk kau mereguk sakinah melayari kamar para kekasih dalam meneguk semanis-manis hubungan.Untuk itu, bersedialah kalian dengan persiapan seorang hawa yang layak untuk menjadi sayap seorang adam bergelar mujahid"
subhanAllah izzah...kata-kata anti ni memang berbekas di hati betul..huhu..harap ramai dapat menyematkan kata-kata ini dalam hati mereka..insyaAllah..
"Cintailah Dia sepenuh hatimu dan Dia akan datangkan hambaNya yang mencintaiNya dengan sepenuh hatinya juga untukmu"InsyaAllah...
subhanallah ayat kalian berdua mmg sgt berbekas..
kaku seketika ble menafsirkan nya..
fariena, sgt bermakna cerita ini.. xtau nk kte ape..
semua datang dariNya izy..cuma disampaikan melalui tulisan hamba-hambaNya.:)
Post a Comment