Sunday, December 20, 2009

Till we meet again

Assalamualaikum wbt...

This is my last day in Sydney..Going back to Malaysia in 2 hours...Perasaan?? Gembira, excited tapi sedih meninggalkan bumi tarbiyah ini..Tapi bak kata ukhti Ainun, " Sydney bukan tempat Fariena..Malaysia sedang menunggu. Berbaktilah di Malaysia pula".. Alhamdulillah dengan kata-kata itu membuatkan saya bersemangat untuk pulang. Buat akhawat Sydney, jazakunallahu khairan kathira buat kalian. Segala suka dan duka, pahit manis yang kita lalui bersama akan terpahat kukuh dalam ingatan saya. Ini adalah satu pengalaman berharga bagi saya yang tak mungkin dijumpai di mana-mana pun. Doakan saya terus tsabat di jalan ini. Dan semoga kalian meneruskan usaha di Sydney. Ingatlah Allah membuka jalan bagi sesiapa yang ingin menegakkan agamanya..Jangan berhenti berharap kerana gerhana hanyalah sementara..=)...Himmah Alliyah tetap dalam ingatan...

Wallahualam...

Friday, December 18, 2009

Tazkirah hati

Assalamualaikum wbt...

Hurm..sekarang saya berada dalam kesibukan untuk mengemas dan membeli barang-barang untuk dibawa pulang. Banyak juga yang perlu disettlekan seperti handphone,akaun bank, barang-barang untuk shipping dan sebagainya. Pada waktu ini juga banyak wang yang digunakan dan rasanya sudah hampir dua hari saya tidak lekat di rumah. Ini termasuk juga menjadi tourist guide kepada seorang sahabat dari Melbourne yang sedang bercuti bersama keluarganya.

Entahlah kenapa..hati rasa kurang tenteram. Mungkin juga rasa jauh dari Allah. Bila berjalan-jalan mencari barang-barang, rasa seperti mahu bawa pulang semua yang tiada di Malaysia. Nafsu sungguh menggoda pada waktu-waktu begini. Memang saya ini seorang yang kuat shopping. Ada kalanya berjaya melawan nafsu dan ada kalanya tidak berjaya. Bila mengingatkan ini, rasa takut timbul dalam hati. Adakah dunia sudah masuk dalam hatiku? Kadang-kadang bersyukur juga bila berada dalam situasi kesempitan wang kerana pada waktu begini, sudah tentu mampu memgawal nafsu dari membeli. Beruntung orang-orang yang walaupun berduit banyak tapi tidak membazirkan pada sesuatu yang tidak menjadi keperluan.

Antara teman-teman rapat saya disini, ada yang pandai mengukur antara keperluan atau kemahuan. Yang paling dikagumi, langsung tidak terusik dengan sesuatu yang dirasakannya tidak perlu. Lain orang, lain perkara yang perlu dimujahadahkannya. Bagi saya, nafsu untuk membeli ini antara perkara terbesar yang perlu dimujahadahkan. Astaghfirullah...Membazir bukan? Kadang-kadang apa yang dirasakan kemahuan itu, saja-saja dijadikan keperluan. Kelakar juga kalau diingat-ingat kembali. Duit yang ada mungkin lebih elok disimpan atau digunakan untuk perkara yang mendatangkan manfaat.

Oh ya..dalam membeli barang-barang, saya rasa kalau berhabis untuk ahli keluarga rasanya tidak apa. Memang dari kecil, kami adik beradik diasuh untuk membelikan apa-apa sahaja walaupun sekecil-kecil benda kalau ada yang pergi mengikuti lawatan atau ke mana-mana sahaja. Seronok rasanya bila melihat adik-adik berteriak gembira bila mendapat barang-barang yang saya belikan. Huhu..Tapi maksud saya berhabis itu, tidaklah sampai boros dan berhutang. Hanya setakat mana yang mampu..

Ish..rasa macam tidak tersampai apa yang ingin saya sampaikan. Dah terbuka cerita lain. Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya ialah kalau asyik terlibat dengan kegiatan itu (membeli belah) dan fikiran pun asyik terfikir pasal itu, lama-lama hati rasa lain. Mungkin sedikit sebanyak tanpa disedari dunia yang mengasyikkan ini sudah menjamah hati. Tapi ini bukanlah hanya kepada perkara yang saya sebutkan diatas..Banyak lagi perkara lain yang boleh membuatkan hati kita lagho. Rasanya masing-masing pandai menilai mana yang Islam dan mana yang jahiliyyah..Saya juga masih gigih berusaha untuk tidak mencampur adukkan antara keduanya.

Syukur sekiranya jika masih dapat merasai perasaan bimbang hati makin lalai. Itu tandanya Allah masih ingin memberikan hidayah kepada kita agar tidak terlarut dengan dunia ini. Teringat kata-kata Hassan Al-Basri: "Takutilah kamu dengan dunia itu kerana sesungguhnya itulah tempat Adam dan Hawa diturunkan dari syurga" . Begitulah rasanya ayatnya lebih kurang. Hampir lupa saya kepada kata-kata ini. Dunia = tempat hukuman bagi Adam dan Hawa..Renung-renungkanlah..
Semoga Allah sentiasa menjadikan hati kita sensitif dengan perkara-perkara yang boleh menyebabkan hati kita jauh dariNya..

"Ya Allah, letakkanlah dunia itu di tanganku bukan di hatiku"

Wallahualam

Monday, December 14, 2009

Ziarah terakhir

Assalamualaikum wbt..

Sebuah coretan ikhlas dari hati ini...

Kembaraku dalam pencarian makna sebenar diri bermula di sini
Teringat pada kali pertama ku berada disini
Terpaut hatiku pada ketinggian iman dan ukhuwah yang terpamer
Sesuatu yang tak pernah ku lihat di tempat lain sebelum ini
Ditambah pula khusyuk dan tawadhuknya hati-hati itu menunaikan perintah ilahi
Ikatan ukhuwah antara hati-hati mereka seperti tersimpul rapi
Sifat mahmudah pula menjadi hiasan akhlak mereka
Kini baru ku fahami..kisah sebenar di sebalik apa yang ku lihat

Satu matlamat, satu kefahaman
Menjunjung islam setinggi yang mungkin
Masing-masing juga mengerti tugas di muka bumi ini
Tak pernah mahu berhenti hingga ummat ini kembali berdiri
Segala mehnah juga diharungi bersama
Tak lain tak bukan, untuk memastikan pencahayaan agung terus bersinar
Ku syukuri peluang dipertemukan dengan insan-insan berjiwa mulia ini
Doaku semoga tarbiyah dan dakwah disini terus berkembang mekar

Menjadi kenangan terindah dalam hidupku
Alhamdulillah segala kesyukuran ku panjatkan padaNya
Kerana Dia segalanya bermula...

p/s:Special dedication to akhawat-akhawat Melbourne

14th December 2009
16 Cade Square, Parkville
Victoria,
Melbourne.

Wallahualam

Saturday, November 28, 2009

Ukhuwah..Ana uhibbuki fillah


Assalamualaikum wbt...

Hari ini, saya tiba-tiba terasa ingin berbicara mengenai ukhuwah..Ukhuwah is one of the sweetest things in my life..Rasanya bukan dalam hidup saya sahaja bahkan orang lain juga. Ia sesuatu yang manis untuk dirasai dan hidup terasa lengkap kerananya. Tapi itu hanyalah jika ukhuwah itu bersandarkan kepada Allah taala dan aqidah yang satu. Namun, ukhuwah yang manis bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai..Perlunya ada sikap berlapang dada antara satu sama lain dan peringkat ukhuwah yang paling tinggi ialah melebihkan sahabat itu daripada diri sendiri. Sudah tentu sesuatu yang susah bukan?

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai dan mustahil untuk dikatakan semua sahabat kita berperangai sama. Cuma mungkin ditakdirkan untuk mempunyai satu atau dua perangai yang hampir serupa. Oleh itu, kita akan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dalam usaha kita mencapai kemanisan ukhuwah itu..Terutama dalam satu saff perjuangan..Ukhuwah memainkan peranan yang penting selain daripada iman dan material untuk membentuk satu saff yang hebat.

" Saya tak ngam ngan dia", "Saya takleh tahan dengan perangai dia", "She is too self centric", "Walau dah lama ngan dia, saya still tak bleh terima cara dia", " Saya langsung takleh tengok muka dia" dan sampai satu tahap " Saya rasa nak keluar dari saff ini sebab dia" Nauzubillah...Ukhti, ukhuwah awak sedang diuji..Adakah kerana manusia awak memilih untuk bekerja? Adakah kerana mempunyai orang yang sentiasa ngam dengan kita baru kita akan tsabat dalam jalan ini? Tidak ya ukhti..Di mana silapnya? 'Paling tepat saya rasankan ialah kerana 'Tiada komunikasi'. Segala-galanya dipendamkan dalam hati atau boleh dikatakan berlapang dada.. Tapi itu sesuatu yang sungguh bahaya..Yang berlapang dada itu kalau meletup mungkin boleh musnah dunia ini..Bagi saya, berlapang dada ada hadnya..Boleh menyuarakan jika ada ketidak puasan hati TAPI in a good manner...Besides that, cuba cek hubungan kita dengan Allah..Saya pernah diberitahu yang jika hubungan kita sesama manusia tidak elok, maka muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah. Mungkin ada silapnya di mana-mana.

Sedikit recap from cerita Kaab bin Malek...

* Bila mana diturunkan wahyu untuk memulaukan Kaab kerana tidak mengikuti rombongan Rasulullah ke Perang Tabuk, terasa sangat sempit dunia ini dan seolah-olah bumi tidak mahu menerima dirinya. Salah satu sebabnya,adalah kerana kesan drpd ukhuwah yang mantap dan teguh antara saudara sesama islam pada ketika itu. Apabila tidak diendahkan oleh sahabat yang lain terutama baginda nabi, Kaab merasakan sempitnya dunia itu. Ada juga di antara para sahabat yang tidak sanggup untuk memulaukan Kaab kerana ukhuwah yang ada tetapi diturutkan juga krn mematuhi perintah Rasulullah. Betapa kesan akibat rantaian ukhuwah yang terlerai itu, menyeksakan diri sesiapa yang menjadi salah satu tali pengikatnya.* Begitulah indahnya ukhuwahfillah..merana apabila kehilangannya terutama ukhuwah antara ansarullah...


Frankly speaking, takut untuk saya berbicara mengenai ukhuwah ini kerana mungkin saya pula yang akan diuji selepas ini. Tapi saya rasa perlu ditekankan mengenai masalah ukhuwah ini...Semoga ukhti dan juga saya diberi kekuatan untuk menghadapinya..



"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."

Wallahualam

Friday, November 27, 2009

Eidul Adha

Assalamualaikum wbt...

Wake up !!!!...It's Eidul Adha...and Good morning Australia and Malaysia (erm maybe Malaysian is still sleeping..huhu)..Eid Mubarak...Today, I am going to Tempe Reserve Park to perform Eidul Adha prayer..Well, at first I have decided to go to Masjid Darul Iman ( a Malaysian mosque)..UNfortunately, after having fajr prayer, one of my friend told me that there wont be any prayer there..They have changed the location..So we are going to Tempe..It is pronounced as Tempi not as usual tempe that we used to call..So this is the map..About 600 metres from the train station..not that far rite..


Well, yesterday was the Arafah day (9 Zulhijjah) and it is a sunnah to fast on that day. So, I bet most of Muslims fasted yesterday (not really sure if the tenses is correct or not =)). Well, since Australia is in summer time, so the day is longer than night. We fasted for more than 15 hours..fwuhh...This was my first time and it was not easy..But alhamdulillah I managed to do that..=)..

So, by the way, what is the story behind eidul adha? Lets find out together since I have lacked of knowledge on this matter.Not good x2..Ok..until then..I have to go and prepare myself to go to TEmpe and perform my eid prayer there....

Wassalam...

Wednesday, November 25, 2009

Pengembara



Assalamualaikum wbt...

Summer yang sangat panas menjelma lagi. Kebetulan pula, tiket saya untuk pulang ke Malaysia adalah di penghujung bulan 12. Jadi, sempat juga untuk saya merasai penangan summer sekali lagi untuk kali ini..Sedar tak sedar, sudah hampir dua tahun saya menjadi pengembara di bumi asing. Namun, baru semalam saya menyedari apa itu ertinya pengembara. Pengembara yang biasa pada pandangan mata kasar hanyalah seorang yang mungkin berjalan jauh di suatu tempat asing. Itu juga apa yang saya fahami sehinggalah hari semalam.

Setelah dibentangkan dengan beberapa ciri keimanan dan akhirnya saya memahami erti pengembara.
Perkataan "Al-Sa'ihun" adalah perkataan yang tepat untuk memberikan maksud kepada pengembaraan yang dijalani oleh para pendokong agama Allah. Al- Sa'ihun membawa maksud pengembara-pengembara di jalan Allah. Pengembaraan yang dimaksudkan di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran , hati dan perasaan seseorang. Pengembaraan yang saya fahami sekarang tidak hanya tertakluk kepada aspek fizikal bahkan juga dari aspek ruhani atau aspek dalaman diri.

Orang mukmin yang mengembara bukan sekadar berjalan di atas bumi tetapi mengembara menjelajah diri dan sesuatu di sekelilingnya. Ia sentiasa mengembara melihat segala ciptaan Allah iaitu langit dan bumi termasuk penciptaan dirinya. betapa hebatnya kekuasaan Ilahi yang mencipta segala sesuatu dan tidak mampu ditandingi oleh sesuatu yang lain.


Selain itu, orang mukmin terutama para daie pula, pengembaraannya berlanjutan hingga ke dalam kisah-kisah sejarah hidup Rasulullah, para sahabat, para solihin, tokoh-tokoh besar para ulama zmn salafus-salih untuk melihat bagaimana perjuangan golongan terdahulu. Pergorbanan yang mereka lakukan dan kesabaran mereka dalam menghadapi ujian hidup. Saya pasti melalui pengembaraan ke dalam kisah-kisah sejarah tersebut akan membantu menjadi petunjuk dalam kehidupan kita dan mengelakkan kita daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang sama.

Oleh itu, berdasarkan sedikit contoh yang saya berikan di atas, cuba kita buka minda kita agar definisi pengembara itu lebih luas dan tidak hanya dihuraikan dengan apa yang biasanya dimaksudkan. Ingatlah, hidup adalah satu pengembaraan dan pengembaraan ini mencakupi segala aspek kehidupan kita. Mungkin agak ringkas apa yang saya sampaikan di sini dan saya tidak tahu jika apa yang saya ingin sampaikan di atas tersampai atau tidak kepada sesiapa yang membacanya. Jika ada yang ingin berkongsi pendapat atau ingin memberi sebarang komen sgt dialu-alukan...


Apa yang pasti, pemahaman saya terhadap perkataan pengembara itu sendiri sudah bercambah..Semoga saya sentiasa mengembara dan tidak pernah jemu untuk mengembara kerana dunia ini hanyalah tempat persinggahan sebelum kembali ke destinasi sebenarnya.



Wallahualam

ruj: Bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah (Fathi Yakan)

Friday, November 13, 2009

Dush!!!!..

Assalamualaikum wbt... Dush!...berlubang rasanya jantung dek terkena tembakan kata-kata di bawah ni...

“Tidak ada seorang pun mengetahui melainkan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya betapa kami setiap malam menghabiskan masa kami dengan memikirkan masalah umat ini, keadaan yang menimpa umat dalam pelbagai aspek kehidupan, kami menganalisis penyakit dan mencari ubat mengatasinya, kami berfikir untuk merawat dan menghilang penyakit umat ini. Hasilnya membuatkan kami menangis. Alangkah kami rasa terpegun dan terkejut apabila kami berdepan dengan masalah yang meruntun jiwa kami, kami melihat ada orang-orang yang khayal, mabuk menghabiskan masa mereka di kafeteria-kafeteria, berlegar-legar di kelab-kelab yang merosakkan. Bila saya bertanya salah seorang daripada mereka tentang sebab mereka melakukan perjumpaan-perjumpaan yang kosong dan memboringkan itu. Si fulan itu berkata kepada kamu: Saya sengaja membuang masa, saya sedang membunuh waktu saya. Alangkah malangnya si fulan tersebut dia tidak mengetahui bahawa sesungguhnya sesiapa yang membunuh masanya sebenarnya dia membunuh dirinya (hidupnya). Sesungguhnya masa itu adalah kehidupan.” Inilah jawapan Sang Anak Muda yang mencipta sejarah dan bercita-cita tinggi.

Source: Himmah Aliyyah

p/s: amacam???tepuk dada, tanya iman..

Wallahualam...


Monday, November 9, 2009

Perkemaskan saff

Assalamualaikum wbt...

Penat...
hectic sungguh minggu lepas dan minggu ni. Berlambak esaimen untuk dihantar dan tarikhnya pula sangat rapat-rapat..Rasanya tahun yang sudah tidaklah sedasyat ini..Dalam kesibukan mengejar ijazah ini, ada jugak benda yang rasa macam sedikit tercicir. Risalah..hurm

Saya makin menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Entah gembira entah bersedih..yang pastinya saya tidak merasai apa-apa perasaan lagi..Mungkin dek kesibukan yang melanda sekarang..Tapi pasti sedih meninggalkan bumi tarbiyah ini..Bumi yang merubah diri untuk lebih matang dan mengetahui matlamat hidup..

Merenung jauh ke masa hadapan..Apa yang bakal saya tinggalkan di sini? Masa semakin singkat..Hasil amal, adalah sekangkang kera yang menjadi. Bukan mengeluh dan tahu segala-galanya tidak terletak pada natijah tapi terletak pada sebanyak mana usaha. Itu yang Allah timbang..Tapi hati mana yang tidak bimbang..Makin ramai yang pulang, makin sepi bumi tarbiyah ini..

Pulang seorang pada akhir tahun ini...Pulang 3 orang di pertengahan tahun hadapan..Yang tinggal, kakakku seorang akhirnya nanti..Ya Tuhan, kuatkan dia..kuatkan dia..kuatkan dia..Resah..Namun, sunnatullah tetap sunnatullah..Dakwah ini tidak akan mati kerana Allah menjaganya..Apa yang mampu saya fikirkan sekarang, usaha sehabis boleh sebelum kembali ke Malaysia agar kurang beban kakakku yang seorang itu nanti..insyaAllah

Ayuh, perkemaskan saff...

Wallahualam...

Sunday, November 1, 2009

~spring in the air~

Assalamualaikum wbt...

=)
mlm td jln2 ngan sorg ukhti balik dari ziarah rumah adik-adik..
on the way back, bau bunga-bunga sangat kuat..
Then felt like falling in love with spring
Now, I like spring..wlwpun dah nk abeh spring..well, this is my last spring here..

Rabbana Ma Khalakta haza batila..Subhanaka fakina a'zabannar.. (ali-imran)..

~Tidaklah engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia~

Wallahuaalam

Tuesday, October 27, 2009

Solace in my soul

Bismillah ar-rahman ar-rahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...

I have gained my strength

and now

......I let you go.....

InsyaAllah never turning back again

Wallahualam...

Monday, October 26, 2009

Anyone flying to Australia and New Zealand?

Assalamualaikum wbt...

Anyone flying to OZ and NZ??
Join Program Semai Mesra..(an annual programme specially brought to all of you)
Meet sisters from those two countries..
Share their experiences and gain knowledge before you go there so that you wont be lost..

Me?? huhu...2 Years ago...It Started there..What a precious moment to be remembered.But I shall keep it as a secret.Wanna feel it??Explore it by yourself...and insyaAllah I will be there(bonus for you..huhu)...just kidding...


and for the video promo...click here...=)

Wallahualam..

Monday, October 19, 2009

Kuatkn aku

Assalamualaikum wbt..

Oh Tuhan kuatkan aku
Untuk lalui jalan hidup ini
Yang ku inginkan selalu ada dalam ridhoMu

Berikanlah petunjukMu
Agar diriku tak tersesat
Untuk menuju surga yang telah Kau janjikan

Reff:
Ampunkan diriku jika
Selama ini hanyalah berbuat dosa
Tak sanggup diriku bila
Di akhir hidupku menanggung siksaMu

Back to Reff:

Aku hambamu yang lemah, tak sempurna
Berlutut sujud dihadapMu


Best lagu ni.Klik disini..so bley try dgr dan hayati msg yang ingin disampaikn...

Perlunya ada pemisahan total antara al-hawa'(hawa nafsu) dan diri para daie..Pada sangkaan diri, mungkin sdh dibuang karat-karat itu. Namun syaitan itu tidak bisa membiarkan anak adam hidup bhgia dlm nur ilahi. Satu kisah mengenai Imam Ahmad ..Pada saat nafas-nafas terakhir beliau di dunia, disebutnya "belum lagi..belum lagi". Lalu ditanya oleh anaknya mengapa ayah berkata begitu?Lalu dijwb imam Ahmad, " Syaitan dtg padaku dan berkata engkau telah berjaya menghalang syaitan dari menggodamu. Dan aku menjawab belum lagi..belum lagi selagi aku tidak mati. Datangnya syaitan itu hanya utk membuatkan imam Ahmad bersetuju dgn kata-kata syaitan itu lalu secara tidak langsung menyebabkan imam Ahmad bisa mengiyakn apa yg dikatakn syaitan itu". Itu antara salah satu cara syaitan menggoda imam Ahmad. Lihatlah syaitan itu tidak pernah mengenal erti putus asa untuk menganggu anak adam.


p/s: Hati ini kembali berkarat setelah disangkakan sudah berjaya dibersihkn dan dibuang titik-ttitik hitam itu. Oleh itu, perlunya ada sistem pembersihan hati yang konsisten agar hati yang sering kembali tercalit noda-noda itu boleh dibersihkan sentiasa..

-Aku mohon agung kudratMu wahai Tuhan Yang Satu, segalanya dariMu-(Langkah tercipta, UNIC).

Ayuh sama-sama mujahadah


Wallahualam..



Saturday, October 17, 2009

Koran ayats appear on body of newborn baby in Dagestan

Assalamualaikum wbt...

Ambillah ini sebagai tanda peringatan.....=)SubhanaAllah...

click here

Wallahualam

Saturday, October 3, 2009

Islam today??

Assalamualaikum wbt...

Beberapa hari yang lepas, saya menonton satu video dokumentari mengenai muslim di seluruh dunia. Video tersebut dirakamkan oleh non-muslim(kalau tk silap saya) dan antara objecktif ia dirakamkan ialah untuk memperkenalkan Islam kepada dunia. selepas peristiwa 11 September. Dimulai dengan penceritaan kehebatan sejarah ketamadunan Islam zaman dahulu lalu dihuraikan oleh beberapa philosophers Islam dan bukan Islam mengenai Islam dan modernization. Kemudian ditunjukkan contoh-contoh negara islam dan komuniti orang islam di negara bukan islam. Sebagai contoh negara Islam yang mempraktikkan islam ialah iran dan nigeria. Malaysia juga turut disenaraikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang syariah tetapi dalam beberapa perkara sahaja.

Seorang individu yang ditemuramah iaitu seorang wanita dalam lingkungan 30-40 tahun yang tinggal di pinggir kota. Beliau memmang mengamalkan Islam yang sebenar dalam hidupnya terutama dengan keluarga beliau. Di portraykan yang beliau tinggal di kampung dan hidup dalam keadaan sederhana. Kemudian ditunjukkan kehidupan beliau. Rupa-rupanya beliau adalah pakar sakit puan di HUKM. Disini video tersebut ingin menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang kepada penganutnya untuk berjaya terutama wanita. Tidak perlu yuntuk mencedok ideologi barat dan mengamalkan budaya mereka untuk berjaya. Ramai yang menyangka kalau mengamalkan Islam sepenuhnya sudah tentu tidak akan maju. Saya rasakan orang yang mempunyaio pandangan sebegitulah yang paling kolot. Sebagai seorang islam, kita mempunyai cara tersendiri untuk maju dan berjaya.

Tetapi dalam entri ini, bukan ini yang mahu saya tekankan. Ada juga salah satu usaha yang dilakukan oleh doktor tersebut untuk memelihara nasib-nasib ibu-ibu muda. Sama ada yang pernah terlanjur, dirogol atau sebagainya. Sebuah rumah yang dinamakan raudhah telah dibina untuk membela nasib-nasib mereka. Satu usaha yang cukup bagus dan semoga Allah merahmati segala usaha beliau.

Kemudian, saya terfikir. Adakah dengan cara membuka banyak pusat-pusat2 seperti itu, menyediakan litar-litar untuk mat rempit berlumba agar tidak berlumba di jalan raya,menyediakan banyak pusat pemulihan akhlak dan dadah akan menyelesaikan masalah? TIDAK sama sekali. Itu boleh dikatakan seperti memberikan alternatif lain kepada mereka yang melakukannya agar tidak melibatkan orang lain. Lebih banyak pusat-pusat itu, lebih tinggi jumlah orang-orang yang boleh masuk..Kenapa tidak , kita mencegah sebelum sesuatu itu terjadi dan akhirnya kita tidak perlukan lagi pusat-pusat tersebut. Kita didik mereka terutama kanak-kanak dari kecil lagi dengan akhlak yang betul. Kita didik mereka dengan ajaran Islam yang sebenarnya hingga tertonjol melalui akhlak mereka. Ini lah yang disebutkan individu muslim. Seorang muslim yang mempraktikkan Islam dari segala segi dan dengan sepenuh keyakinan saya merasakan tidak akn timbul masalah-masalah keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam.

It is an ongoing process dan untuk mendidik seorang manusia bukanlah suatu kerja yang mudah. Kesabaran diperlukan akan tetapi hasilnya insyaAllah indah sekali. Ia bermula dengan kesedaran dan ilmu lalu dipraktikkan dengan amal...Saya teringat mengenai tree of iman. Dimana akarnya adalah ilmu pengetahuan yang disertai aqidah yang mantap, batangnya adalah keikhlasan dan buahnya ialah segala akhlak mulia dan perbuatan baik yang dilakukan..Barulah subur pokok itu beserta dengan daun yang hijau dan buah yang lazat. =)

Wassalam...


"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit. (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin TuhanNya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun" (Ibrahim: 24-26)

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak

Assalamualaikum wbt...

Selamat Hari Raya Aidilfiti..Maaf zahir batin kepada semua yang mengenali saya..Banyak kekurangan dalam diri saya yang mungkin secara tidak sedar, mengguris hati sesiapa sahaja..Dan alhamdulillah raya terakhir saya di perantauan.. =>


Taqabalallahu minkum

Wallahualam

Tuesday, September 15, 2009

=)



Ketika orang yang lalai merasa hairan melihat seseorang menyengsarakan dirinya dalam kelelahan, lalu ia bertanya kepadanya;


"sampai bilakah engkau melelahkan dirimu sendiri?"

Maka yang ditanya menjawab spontan dengan nada yang pasti:

"Sebenarnya aku mengharapkan pengistirahatannya (syurga)"

(Ar-Raqaiq)

sayang fillah,
Ukhti Hani

Sunday, September 13, 2009

Jaulah Spring 2009

Assalamualaikum wbt... Let the pictures tell you the whole story of our Spring trip...

Kiama Blowhole






Sea Cliff Bridge, Grand Pacific Drive





Bald Hills



Royal National Park








Then which of the Blessings of your Lord will you both (jinns and men) deny?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Ar-Rahman

Wallahualam...

Update Ramadhan


Assalamualaikum wbt...

Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi..Cmne agaknya dengan amal saya di bulan ini..adakah ia diterima Allah atau sebaliknya??Berat untuk memikirkannya tapi itu urusan Dia..saya hanya mampu berusaha dan mengharap agar diterima amalan..Rasanya Ramadhan kali ini sangat buzy dan boleh dihitung berapa kali sahaja saya iftar di rumah sendiri. Sehari iftar di dalam train dan yang lain-lain akan iftar di tempat yang berlainan kerana ada program dan jemputan iftar..Alhamdulillah...Ramadhan kali ini juga sangat berharga bagi saya..Banyak perkara baru yang saya lalui seperti kesibukan berprogram dan mengimarahkan masjid-masjid yang mampu untuk saya pergi. Selain itu, dapat juga mengenali culture-culture bangsa lain seperti bangsa Turki dan bangsa arab dengan 'jalan-jalan masjid' yang saya katakan itu. Peluang yang datang hanya bila kita berada di negara orang ini patut dimanfaatkan oleh sesiapa yang berada di sana. Bukan apa, ambillah peluang untuk berkenalan dan mengenali saudara sesama Islam..Antara yang menarik hati saya ialah doa qunut yang sangat panjang dibacakan oleh imam terawih..most of them are arabs and I just feel like I can understand most of the words..Bukanlah nak kata faham arab tapi mcm I can get the geez of the doa..Lagi satu, when I listen to the imams reciting surahs in the tarawih prayers, it motivates me to memorise the quran. It is not easy since I need to find the time to memorise it. Alhamdulillah the time that Allah give me in the train, I can use it well to memorise the quran.Tapi baru je start so masih sedikit la hasilnya.

Pagi tadi, dalam halaqah ada membincangkan mengenai perkaa yang significant dalam bulan ramadhan..Any ramadhan yang prnah dilalui..One of my halaqah's friend shared a story about her last ramadhan..On the 27th morning of Ramadhan, she cried badly. The worst cry ever she said...Kenapa??Rupa-rupanya sebab dia rasa dia dah terlepas lailatul qadr..Semua tanda-tanda yang memungkinkan malam tersebut ialah lailatul qadr ada pada hari tersebut..Mendengar cerita daripada dia sangat mengesankan saya...Betapa adanya seorang hamba Allah yang menangis dengan begitu teruk kerana ditnggalkan lailatul qadr..Orang yang saya rasakan satu dalam seribu..Orang yang sangat memahami apa yang tersirat dalam lailatul qadr..Orang yang mempercayai janji-janji Allah dengan sebenar-benar kepercayaan..SubhanaAllah..Jazakillah khair ukhti kerana dengan cerita yang mungkin dirasakan kelakar bagi sesetengah orang tapi sangat menyengat di hati saya..


“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar. Malam lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dari setiap perkara. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar” (Surah Al-Qadr).

Wallahualam..

p/s:kata-kata semangat yang saya dapat pada hari ini: Perjuangan yang tidak didokong oleh kekuatan rohani tidak akan tahan diuji..Dan kekuatan rohani pula tidak akan tercapai jika hati tidak bersih...


Wednesday, August 26, 2009

Sekadar berkongsi

Assalamualaikum wbt...

Written by Ziadh
Monday, 24 August 2009 03:04

Source: Al-Jazeera

The case of a Muslim woman in Malaysia who is to be caned for drinking alcohol has created a public storm in the multi-ethnic Southeast Asian nation.

If the punishment goes ahead as planned, Kartika Sari Dewi Shukarno will become the first woman in Malaysia to be caned under Islamic law.

But critics say the caning will damage Malaysia's international standing as a progressive and moderate Islamic country.

Judge Datuk Ismail Yahya, one of Malaysia's chief sharia judges, added his voice to the debate on Sunday, cautioning that the punishment ran contrary to the law.

"Kartika can sue. This is because her detention, and subsequently the whipping, is illegal," he was quoted by Malaysia's New Straits Times as saying.

The 32-year-old mother of two was sentenced to six strokes by a court in Pahang state after pleading guilty to drinking alcohol at a hotel nightclub last year.

She was also fined the equivalent of $1,420, but not given a prison sentence.

"The only way for her to end up in jail is if she doesn't pay her fine. But from what I understand, she has paid it," Ismail was quoted as saying.

"So, this means that there is no way that the whipping sentence can be executed."

National debate

Islamic scholars have backed the sentence, and said it would be carried out with Kartika fully clothed and using a cane that is smaller and lighter than the heavy length of rattan used in criminal cases.

Human-rights group Amnesty International has urged Malaysia not to carry out the sentence and to abolish what it called a "cruel and degrading punishment".

Despite the domestic furore and the international concern, Kartika has expressed no intention of avoiding her punishment.

In an interview at her home in a small Malay village in Kuala Kangsar earlier in the month: "Sometimes I feel sad and stressed as I have tarnished my family's name. But now after spending time reading the Quran, I feel calm and am not afraid of being caned."

Speaking to Al Jazeera, she confided that she had accepted the punishment at least partly to avoid what could be the two-year legal process of an appeal.

The former hospital worker and part-time model is expected to turn herself over to authorities at a women's prison in Kajang, south of Malaysia's capital Kuala Lumpur, where the punishment will be carried out on Monday.

Malaysia, which has large Chinese and Indian communities, uses a dual-track legal system where sharia courts, those following Islamic law, can try Muslims for religious and moral offences.

Wallahualam...

Thursday, August 20, 2009

Target amal fardhie di bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt...

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)


Alhamdulillah tinggal sehari je lagi untuk kita start puasa..So di kesempatan ni, saya nak mohon ampun atas segala kesilapan yang saya lakukan sama ada sedar atau tidak..Dan insyaAllah marilah kita sama-sama berusaha menjadikan ramadhan ini sebagai ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Melangkahlah ke dalam bulan ini denan hati yang bersih. Seperti analogi air keruh di dalam jug. Walau ditambah sebanyak mana pun air jernih ke dalam jug itu, pasti akan ada kesan air keruh itu di dalam jug itu. Tapi lain kesannya kalau dibuang dahulu air yang keruh itu dan baru lah ditambah air jernih itu ke dalam jug itu. Begitu lah diibaratkan cahaya Ramadhan..Pastikan hati kita bersih dan sedia untuk menerima cahaya Ramadhan itu.. InsyaAllah sama-sama kita berdoa agar dikurniakan hati yang bersih untuk memasuki bulan yang mulia ini...Disini saya sertakan list of amal or kotak-kotak untuk amal kita di bulan Ramadhan.Semoga amal kita lebih tersusun dan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa..Boleh ke ruangan download box untuk mendownload borang amal fardhie ye...Semoga bermanfaat untuk semua...

Antara doa yang sentiasa Rasulullah SAW amalkan ialah:


(Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).


Wallahualam

Tuesday, August 18, 2009

Rezeki itu ditanganNya

Assalamualaikum wbt.. Dah berkurun lamanya saya mencari idea untuk dicurahkan ke dalam blog ini. Entah kenapa saya merasakan sedikit sukar untuk memerah otak mencari idea untuk menulis. Sudah tentu saya tidak mahu untuk hanya mengcopy dan paste daripada artikel orang lain untuk kesekian kalinya. Mungkin saya boleh bercerita tentang apa yang berlaku kepada saya. insyaAllah boleh diambil iktibar daripadanya..

Seperti yang sudah diketahui, setiap bulan saya akan menerima AUD 1200 oleh sponsor saya iaitu BPG (badan perkhidmatan guru). Dan BPG menggunakan polisi di mana duit elaun akan diberikan 3 bulan sekali. Ini memerlukan perancangan kewangan yang baik daripada pelajar-pelajar kerana jika terover spend di awal-awal bulan, maka akan kekurangan duit pada bulan yang terakhir. Ini terjadi kepada saya kerana mungkin kurang cekap mengendalikan kewangan diri sendiri. Entah kenapa duit semakin sedikit dan berbaki sebulan lagi untuk elaun seterusnya masuk. Setelah dikira dan dihitung, memang tak cukup untuk saya survive sehingga elaun seterusnya. Duit yang ada hanya cukup untuk membayar sewa rumah yang sangat mahal itu. Tapi insyaAllah ok (kata saya di dalam hati). Ini kerana saya sedang bekerja sebagai seorang nanny di sebuah rumah guru piano dan gaji itu lah yang akan saya gunakan untuk makan. Tiba-tiba ujian didatangkan kepada saya. Guru piano saya itu mengatakan dia tidak memerlukan khidmat saya untuk bulan itu kerana dia mahu berpindah rumah. Dia akan sibuk menguruskan rumah barunya dan kelas piano tidak akan berjalan untuk sebulan. Jadi, saya tidak perlu ke sana untuk menjaga anaknya. Astaghfirullah..apa yang perlu saya buat ni.. Tidak mungkin saya mahu meminta daripada ibubapa kerana bagi saya ini akan membebankan mereka walaupun mereka kerap kali mengatakan mintalah jika tiada duit. Tambahan pula, currency Australia pada ketika itu sangat tinggi. Hati saya semakin gundah. Di mana saya mahu mendapatkan wang. Untuk meminjam daripada kawan-kawan juga sedah tentu tidak mungkin kerana mereka mungkin berada dalam keadaan saya juga. Dan juga menjadi prinsip saya untuk tidak sesenang hati meminjam wang daripada orang. Perasaan berhutang itu juga sungguh tidak enak. Entah kenapa saya rasakan sangat resah ketika itu. Kekurangan harta dunia benar- benar memberikan impak kepada saya yang mana sepatutnya kekurangan harta di akhirat yang patut saya risakan. Saya terlupa seketika yang rezeki itu di tangan Allah..

Pada suatu hari ketika berada dalam sesi bersama coordinator batch saya, saya semakin tertekan. Saya diberitahu perlu membuat school observation di sebuah sekolah selama lapan hari. Dan tidak dinyatakan lagi ke sekolah mana saya akan pergi. Andai kata ke sekolah yang berdekatan, sudah tentu tidak memerlukan duit tambang untuk ke sana. Saya menghantar email kepada coordinator saya agar diberikan sekolah yang dekat itu. Jawapan dari emailnya itu sangat mendukacitakan saya. Nama saya telah dihantar ke sekolah yang lain dan tidak boleh bertukar nama lagi. Dan untuk ke sekolah yang jauh itu memerlukan tambang 10 dollar sehari dan saya perlu ke sana selama 8 hari. Ya Allah sangat runsing ketika itu. Dirasakan bertimpa-timpa ujian yang datang. Saya terus menangis ketika itu dan berdoa dengan sesungguhnya. Saya yakinkan hati unutk terus berharap dan bersangka baik pada Allah. Tapi syaitan itu tidak membiarkan saya begitu sahaja. Ada saja perasaan resah dan kurang percaya akan datangnya pertolongan Allah kepada saya. Itulah selemah-lemah tahap tawakal. Dirasakan sungguh lemah iman pada ketika itu.

Al-Quran dibuka dan tiba-tiba saya terbaca satu ayat surah At-talaq: 2-3. SubhanAllah melegakan hati saya. Berharap dan terus berharap. Doa dan terus berdoa. Doa yang saya ulangi adalah "Ya Allah, kurniakan aku sedikit rezekiMu biarlah walaupun hanya 80 dollar (untuk tambang ke sekolah)"... "tweet-tweet SMS" . Satu mesej masuk ke dalam inbox saya. Rupanya daripada majikan saya. ' Fariena, would you like to help me looking after Eidlih while I am not at home today?'..Alhamdulillah tak terhitung rasa syukur saya itu. 'Yup sure..Ill be there at 10 o'clock.. See you then'. Akhirnya rezeki datang kepada saya. Dan saya menerima duit gaji pada hari itu juga. Saya hanya mengambilnya dan langsung tidak melihat kepada jumlahnya. Di dalam bas, barulah saya melihat jumlahnya dan cuba teka berapa jumlahnya..80 dollar!!!.Saya menangis disitu dan hati tidak henti-henti mengucapkan hamdalah. Seusai pulang ke rumah, saya sujud syukur kepada pemberi rezeki saya. SubhanAllah pengalaman yang memerikan seribu satu erti pada saya... REZEKI ITU DITANGANNYA...Ingatlah bahawa:

"Senjata orang mukmin itu, doa. Berdoalah, nescaya Allah kabulkan," itu kata-kata nasihat ahli agama.

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Al-Israa :82)

"dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. "(At-Talaq: 2-3)


p/s: Mari kita amalkan juga bersama solat sunat dhuha.. Banyak hikmahnya =)

Wallahualam

Monday, July 27, 2009

Memories of Winter 2009

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah tak terhingga ke hadrat ilahi kerana saya masih lagi berpeluang untuk menulis blog ini..Syukur juga diberikan peluang pada saya untuk mengisi winter holiday kali ini dengan perkara yang bermanfaat dan sudah tentu mencoretkan kenangan terindah bagi saya. Perlbagai perkara yang saya lalui, pelajari dan insafi pada winter ini dan biarlah saya simpan kemas dalam ingatan saya. Satu program yang sangat memberikan kenangan yang manis bagi saya ialah Jalinan Musim Dingin (JMD 2009) di Portsea Camp, Melbourne. =)..Saya membina ukhuwah, mengeratkan ukhwah dan mengenal erti ukhuwah di sini...




Sebiru, judul lagu tema untuk Jalinan Musim Dingin pada tahun ini..Liriknya sungguh bermakna dan berkisarkan tentang ukhuwah dalam tali ikatan ilahi..Sampai sekarang, apabila mendengar lagu itu, saya akan tersenyum sendiri mengingatkan kenangan dulu..

Dan baru-baru ini juga diadakan Palestine Roadshow di 3 buah negeri iaitu Melbourne, Adelaide dan Sydney. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kutipan derma mencapai belasan ribu dollar..Semoga Allah mengganjari kalian dengan amal yang kalian lakukan dengan kebaikan. Pada sesiapa yang masih lagi ingin menderma walaupun satu dolar, boleh lakukannya sekarang kerana tabung palestin itu akan ditutup pada akhir bulan ini. Tabung Kempen Palestin BSB : 062239 No : 10195861. Hasil ini akan diserahkan kepada Aman Palestin Malaysia untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin terutamanya masyarakat Gaza. Bantulah saudara kita di sana yang mana sedang berjuang mempertahankan Palestin dan khususnya Al-Aqsa.

Sabda Nabi Saw bermaksud:"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari & Muslim)


Sekarang, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya kembali ke uni meneruskan semester kedua dan terakhir saya di Australia. Tugas semakin berat dan saya mahu meninggalkan bumi Australia ini dengan satu senyuman bukannya tangisan. Tapi kalau tangisan yang terjadi, itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Untuk itu, saya akan berusaha sebaik yang mungkin untuk mendasyatkan diri, mengejar risalah dan ijazah.

Wallahualam..

Tuesday, July 7, 2009

Langkah tercipta - UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


click:

Langkah Tercipta - UNIC


Align CenterParkdrive
Victoria, Melbourne
Winter July 2009

Friday, June 26, 2009

Nyawa, yuran sekolah di Palestin

Assalamualaikum wbt...

Sekolah, bagi kanak-kanak di Palestin, bukan masalah naik kelas, belajar setiap hari, mengerjakan PR dan sejenisnya. Sekolah di Palestin adalah sesuatu yang sangat mahal, tak boleh diperoleh setiap hari, dan mesti dicapai dengan perjuangan jiwa dan raga.

Kerana bagi anak-anak Palestin, pergi ke sekolah bererti melewati pos penjagaan tentera Israel yang memang tersebar di setiap sudut kota. Tak jarang, mereka harus berkonfrontasi dulu dengan imbalan bukan hanya sekadar darah, tapi juga nyawa.

Itupun di Palestin, sebahagian sekolah sudah hancur kondisinya akibat serangan Israel yang biadab. Peristiwa Gaza tempo hari masih menyisakan puing dan reruntuhan, dan itupun masih ditambah dengan operasi tentera Israel yang dilakukan secara regular setiap hari. Tapi, seperti kata Michael Hart di “We Will Not Go Down”, but our spririt will never die, semangat anak-anak Palestin juga tak akan pernah padam.

Inilah yang harus dihadapi oleh anak-anak Palestin ketika akan memulai harinya menuju sekolah tempat mencari ilmu: serdadu Israel yang menghalakan senapang!

Serdadu-serdadu Israel mencegah anak-anak ini masuk ke wilayah yang telah mereka rampas dan menyuruh anak-anak Palestin untuk menjauh atau pulang.

Tapi anak-anak ini tak pernah punya rasa takut sedikit pun. Mereka menantang serdadu Israel dengan gagah berani.

Bukan hanya murid, tapi guru nya pun memberikan contoh bahwa melawan Israel adalah sebuah kewajipan bagi orang Palestin, kerana Israel adalah penjajah.

Lantas apa yang terjadi? Anak-anak Palestin tidak pernah menyerah. Mereka mengadakan kelas tepat di hadapan serdadu Israel di setiap pos penjagaan. Sampai-sampai para serdadu Israel pun menggeleng-gelengkan kepala tak percaya.

Lihatlah semangatnya! Lihatlah semangatnya! Luar biasa....

Anak laki-laki, kerana lebih berani, mendapatkan perlakuan yang lebih buruk. Mereka terlibat dalam pertelingkahan dengan serdadu Israel.

Bahkan tertembak peluru.

Namun, lihatlah sorot matanya. Ada kebanggaan dan harga diri yang tinggi di dalamnya. You can burn our mosque, our home, and our school, but our spirit will never die...

taken from: satuumat

p/s: subhanAlllah..hanya iman yang tinggi yang menguatkan hati-hati mereka...kita di Malaysia bagaimana?

Wallahualam

Wednesday, June 24, 2009

The best gift ever for this winter

Assalamualaikum wbt...lega rasanya setelah berjaya memujuk mama untuk membenarkan saya ke winter gathering sempena musim sejuk ni..Pada mulanya, rancangan untuk winter ini berjalan seperti biasa.Tetapi disebabkan oleh virus swine flu yang heboh diperkatakan sekarang, saya dinasihatkan oleh mama untuk tidak ke mana-mana terutamanya Melbourne. Saya tidak membantah tetapi saya cuba mencari maklumat yang sahih daripada sisters di sana mengenai hal ini. Alhamdulillah ia tidaklah seteruk yang diwar-warkan oleh media. Setelah menerangkan info-info itu dengan berhikmah (hehe)..akhirnya saya dibenarkan ke sana. Alhamdulillah the best gift ever for this winter..=)....Ni antara aktiviti-aktiviti yang akan disertai sepanjang winter ini...




Ha..apa lagi..jom sama-sama sertai saya...menarik tak???

InsyaAllah selamat je kat sana...=)
Doakan saya ye...

Wallahualam...
p/s: kejarlah ilmu akhirat sementara peluang masih ada..

Saturday, June 20, 2009

My journey ends here...

Assalamualaikum wbt...

Malam terakhir di tempat permusafiran..
Sedih..Tapi tempatku bukan disini
Setiap permulaan pasti ada kesudahan
dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan

special dedication to Uja, Maryam, Zeti Farhana, Atikah, Lin, Ana, Intan, Akmar, Min and Pikah...
A million of thanks to all of you...

Min and Pikah:Jumpa hangpa next year kat Ipba..)
Lin, Ana, Intan and Akmar...see u guys in Ipba, next year...Teruskan perjuangan di Bumi Kiwi ni..
Uja and Maryam: Rasa mcm dah lama kenal dengan uja, maryam walaupun baru je kenal..Korang masak memang best...hehe..jemput datang Oz ye...
Atikah or cik tik..for this while, we just met through the internet..skrg dah bertemu mata..rasa mcm dh lame kenal jgk..hehe..kecoh la deme...kelik klate jange dok ingt nk singgoh ganu deh...
Last but not least, to my dearest besfren..cik hanna..hehe..thanks everything..kacau mu tgh2 exam..lots of love...-=)..
insyaAllah ada rezki, kita jumpa lagi...

Wallahualam..

20 Jun 2009
6B, 13 Quest on Mount,

Mount Street,
Auckland, New Zealand

Saturday, June 13, 2009

Musafir

Assalamualaikum wbt...

update:

Sedang dalam permusafiran di bumi New Zealand
Berjalan melihat keindahan ciptaan ilahi
Indahnya, bagaikan 'syurga dunia' bagi mereka yang tidak mengerti
Tapi sudah pasti tidak terlawan walau sebesar zarah indahnya 'syurga di akhirat' nanti
Semoga mata hatiku tidak dikaburi dengan keindahan 'syurga dunia' ini


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata)," Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" (Ali Imran:190-191)

p/s: Selamat pengantin baru kepada dua kawan saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka. Semoga dilimpahkan mawaddah dan rahmah keatas perkahwinan kamu..

Wallahualam

Sunday, May 31, 2009

Tipah tertipu la

Assalamualaikum wbt...

Since I will have my Linguistic test this Monday which is tomorrow, I have to munch and digest loads and loads of information. As I go through all the slide shows (notes given by the lecturer), I come across one topic. It is about language planning. Let me tell you what is the significance of me telling all this things to you.

Language planning concentrates on certain areas of language use:

1-writing: may have to be developed, modified or standardized..
Example: Turkish written for centuries with Arabic alphabet, which does not represent vowels (a, e,i ,o u). SInce Turkish has 8 vowels, writing with the Arabic alphabet was very difficult. In the 1920's, Attarturk resolve this issues by mandating that Turkish be written using the Roman alphabet.

Eh?? So this was the reason used by Attartuk (the so called hero) to hide the real reason why Arabic writing was abolished in Turki...Very clever...Then after that, for centuries people are fooled by the fake fact including the Muslim. Well muslim, wake up from your neverending long sweet dream since the enemies (the kuffar and the al-munafiqun) never fall asleep.


"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (namun tetap) menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir membencinya."
(Surah As-Saff ayat 8)

Wallahualam..

Friday, May 29, 2009

Sharing-sharing

Assalamualaikum wbt....Just want to share what I have read....

"Oleh sebab itu, kami sangat heran terhadap konsentrasi yang diberikan oleh sebagian pemeluk agama, khususnya para daie’ yang menganjurkan amalan dan adab sopan santun yang berkaitan dengan perkara-perkara lahiriah lebih banyak daripada perkara-perkara batiniah; yang memperhatikan bentuk luar lebih banyak daripada intinya; misalnya memendekkan pakaian, memotong kumis dan memanjangkan jenggot, bentuk hijab wanita, hitungan anak tangga mimbar, cara meletakkan kedua tangan atau kaki ketika shalat, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan bentuk luar lebih banyak daripada yang berkaitan dengan inti dan ruhnya. Perkara-perkara ini, bagaimanapun, tidak begitu diberi prioritas dalam agama ini.

Saya sendiri memperhatikan - dengan amat menyayangkan - bahwa banyak sekali orang-orang yang menekankan kepada bentuk lahiriah ini dan hal-hal yang serupa dengannya - Saya tidak berkata mereka semuanya - mereka begitu mementingkan hal tersebut dan melupakan hal-hal lain yang jauh lebih penting dan lebih dahsyat pengaruhnya. Seperti berbuat baik kepada kedua ibubapa, silaturrahim, menyampaikan amanat, memelihara hak orang lain, bekerja yang baik, dan memberikan hak kepada orang yang harus memilikinya, kasih-sayang terhadap makhluk Allah SWT, apalagi terhadap yang lemah, menjauhi hal-hal yang jelas diharamkan dan lain-lain sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang beriman di dalam kitab-Nya; di awal surah al-Anfal, awal surah al-Mu’minun, akhir surah al-Furqan, dan lain-lain.

Saya tertarik dengan perkataan yang diucapkan oleh saudara kita, seorang daie’ Muslim, Dr. Hassan Hathout yang tinggal di Amerika, yang sangat tidak suka kepada sebagian saudara kita yang begitu ketat dan kaku dalam menerapkan hukum Islam yang berkaitan dengan daging halal yang telah disembelih menurut aturan syariat. Mereka begitu ketat meneliti daging-daging tersebut apakah ada kemungkinan bahwa daging tersebut tercampur dengan daging atau lemak babi, walaupun kemungkinan itu hanya benar 1% sahaja tetapi dalam masa yang sama masa yang sama dia tidak memperhatikan bahwa dia memakan bangkai saudaranya setiap hari beberapa kali (dengan fitnah dan mengumpat/ghibah), sehingga saudaranya dapat menjadi sasaran syubhat dan tuduhan, atau dia sendiri yang menciptakan tuduhan-tuduhan tersebut."

taken from dakwah.info

Wallahualam...

Thursday, May 28, 2009

Award from Jie...=)

Assalamualaikum wbt....

At 4 o'clock this morning, I woke up and tried to continue doing my assignment. Then, argh...I felt sleepy. So I signed in to the yahoo messengger. Suddenly, one of my good friends buzzed me and said that I was given an award. I had to go to her blog and took the award. Tadaa...this is the award...I just put it here..


Pastika jantina anda perempuan
.:Fariena-of course I’m a girl.

.: Copy badge sebagai award anda
.: Thanks jie for the award...So cute...klakar je rase..hehe.

.: Nyatakan 7 sebab anda bangga menjadi seorang perempuan
1) I was born as a muslimah (alhamdulillah)
2) Islam memuliakan & mengangkat martabat wanita (so special)
3) Surah mengenai perempuan tercatat dalam Al-Qur'an (an-nur, an-nisa', maryam, apa lagi ye?)
4) Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat yang lebih penyayang (boleh rujuk hadis)
5) Ada ramai sahabat a.k.a adik-beradik perempuan (sayang semua)
6) Lahir dari rahim seorang perempuan (luv my mom so much!)
7) "Wanita solehah" adalah sebaik-baik perhiasan dunia (moga diriku termasuk dalam golongan itu, ameen...)

Sebab-sebab di atas ni saya copy ngan jie sbb best je ape yang die tulis..Jie jgn marah ye...

"Semoga cerdikmu secerdik Aisyah, cantikmu secantik Ainul Mardhiyyah, pengorbananmu setinggi Sumayyah, ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiyah, dan semoga tempatmu di syurga jannah...ameen...(Jie aka Sufygirl, 2009)"

p/s: still in the process to be one of number 7...

Wallahualam...

Tuesday, May 26, 2009

Update !!!

Assalamualaikum wbt...

"Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak akan berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan dibawa bersama hati saudaranya. Jesteru itu setiap pahala yang akan didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya"-Mustafa Mashur-

What a nice quotation from Mustafa Masyhur.=)

2 weeks prior to my winter holiday. I really can't wait for it. Now, I just want to get over with all the assignments and also school visits. This semester is quite tough since I dont have exams. So long for now..My LING312 reserach report is waiting for me...

p/s: Eventhough we are very buzy with the neverending 'dunya'(dunia) matters,never ever forget our job as the caliph. That is the real reason for us being in this world.

Wallahualam...

Saturday, May 23, 2009

Beer halal??nonsence

Assalamualaikum wbt...

Jauh dari Malaysia, membuatkan saya memandang negara kita itu daripada perspektif yang berbeza. Makin lama,timbul pelbagai isu yang saya rasa tak berapa penting untuk sangat-sangat diambil berat. Ini, timbul lagi isu lain yang bagi saya langsung tak masuk akal. Isunya ialah beer yang halal yang telah mendapat lesen untuk beroperasi di Malaysia..

Cuba lihat ini A dan ini B

Dah baca? Apa pendapat anda?Manusia ni pelik. Mana yang Tuhan larang, itu jugaklah yang hendak dihalalkannya. Pelbagai cara yang dibuat untuk menghalalkan apa yang haram.

Perkara seperti ini yang berlaku mungkin menjadi faktor perangsang untuk orang-orang yang hanya mengambil mudah mengenai agama untuk meminum arak.Nauzubillah...

Mahu jadi seperti Bani Israel kah yang sentiasa cuba untuk mengubah apa yang diwahyukan kepada mereka...

Wallahualam...

Wednesday, May 20, 2009

Doaku termakbul

Assalamualaikum wbt...


"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (al-Quran) dari Tuhan-Mu, peyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang
beriman"(Yunus:57)


Wallahualam...

Thursday, April 30, 2009

Damai bersamaMu

Assalamualaikum wbt...




Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Chorus:
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Wallahualam